Muis: Office of the Mufti

Downloadables Khutbahs for Friday Prayers

English | Malay/Jawi | Tamil

23 September 2016

Bersabar Di Dalam Mentaati Allah

  • Kesabaran itu bukan hanya penting untuk menghadapi kesulitan ataupun musibah. Akan tetapi ia juga sangat diperlukan oleh seorang Muslim di dalam mentaati Allah dan beribadat kepadaNya. Ini adalah kerana manusia dijadikan Allah sebagai makhluk yang memiliki keinginan nafsu. Seringkali nafsu ini mendorong manusia melakukan perkara-perkara yang mendatangkan keseronokan, dalam masa yang sama, mengakibatkannya lalai pada tanggungjawab serta kewajipan yang ada. Oleh itu, saudara, kita perlu membangunkan sifat sabar sebagai kekuatan dalaman yang membantu kita menjinakkan nafsu yang ada, dan seterusnya mentaati perintah Allah. Jika tidak, iman kita selamanya tidak akan sempurna
  • Bersabar di dalam mentaati Allah itu lebih utama daripada bersabar di dalam menghadapi musibah. Orang yang kuat bersabar untuk mengabdikan diri kepada Allah, pasti akan dianugerahkan Allah kekuatan iman dalam jiwanya untuk menghadapi segala ujian kehidupan. Akan tetapi belum tentu orang yang kuat bersabar menghadapi cabaran hidup, memiliki kesabaran untuk melaksanakan ibadatnya kepada Allah. Sebab itu, ada sebahagian orang sanggup menghadapi pelbagai ujian berat dengan penuh ketabahan demi mencapai impian hidupnya, tetapi tidak sanggup mendirikan solat walaupun ia mengambil masa lima minit sahaja.
  • Oleh itu saudaraku, sekiranya kita sedar bahawa kita tidak akan mampu untuk bersabar disiksa di dalam neraka, atau sekiranya gagal memasuki syurga, ataupun kehilangan nikmat yang sedia ada, maka hendaknya kita bersabar untuk berlaku taat kepada Allah. Gigihkanlah hati untuk melaksanakan perintah-perintahNya. Usah abaikan kewajipan yang ada. Ikhlaskan niat di dalam beribadah semata-mata untuk Allah. Laksanakan sebaik mungkin mengikut kemampuan kita. Jangan jemu mentaati Allah, dan jangan bosan berdoa kepadaNya. Semoga Allah mengurniakan kepada kami kesabaran dalam mentaati dan beribadah kepadanya.
Khutbah Title Bersabar Di Dalam Mentaati Allah (PDF) [23 September 2016]
Khutbah Title Bersabar Di Dalam Mentaati Allah [23 September 2016]
Khutbah Title Bersabar Di Dalam Mentaati Allah (Jawi) [23 September 2016]


16 September 2016

Ujian Dan Kesabaran

  • Marilah kita menghayati maksud di sebalik ujian dan kesabaran. Kadangkala ketika diuji tuhan, sebahagian individu mula mengeluh, bahkan mungkin ada juga yang menyalahkan takdir dan sebagainya. Ada juga yang menyangka, bahawa dirinya diuji kerana tidak berjaya mendapat kasih sayang dan keredaan Allah s.w.t. Bahkan para Anbiya’ diuji sedemikian rupa, dengan kesihatan tubuhnya dan ujian terhadap ahli keluarganya. Oleh itu saudaraku, ujian Allah tidak bererti bahawa Allah s.w.t. membenci, bahkan kadangkala sebaliknya. Kadangkala seseorang itu diuji sedangkan dia merupakan insan yang dikasihi Allah s.w.t. Dia diuji sebagai kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosanya yang silam.
  • Maka saudaraku, tatkala kita merasakan ujian yang datang menimpa diri ini berat serta tidak tertanggung, lihat sahaja kepada beberapa individu lain yang diuji tuhan dengan ujian yang lebih berat. Maka pada ketika itu, kita akan bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas nikmat yang Allah kurniakan. Dan bahawasanya walaupun ujian yang datang ini berat, akan tetapi ternyata masih banyak lagi nikmat yang terus dikurniakan tuhan tanpa putus.
  • Apa jua harapan dan impian kita itu, janganlah sesekali kita mengabaikannya. Teruslah berusaha dengan tekun dan sabar. Tanamkan azam bahawa suatu hari nanti kita akan dapat mencapai apa yang diinginkan itu. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar. Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah agar Dia menganugerahkan kepada kita kesabaran di dalam mengejar segala impian yang baik sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Khutbah Title Ujian Dan Kesabaran (PDF) [16 September 2016]
Khutbah Title Ujian Dan Kesabaran [16 September 2016]
Khutbah Title Ujian Dan Kesabaran (Jawi) [16 September 2016]


9 September 2016

Sabar Membawa Ke Syurga

  • Sabar adalah sifat yang sangat dituntut dalam agama kita. Sifat kesabaran Baginda s.a.w dan para Anbiya' yang lain menjadi contoh terbaik kepada kita hari ini dalam menjalani kehidupan yang tidak sunyi dari ujian dan cabaran. Harus difahami, sabar bukanlah suatu kelebihan yang berbentuk sampingan. Namun, ia adalah keperluan bagi manusia untuk meningkatkan nilai moral dan spiritual yang ada di dalam dirinya. Ujian dan dugaan hidup tak lain tak bukan untuk memberi peluang kepada manusia membuktikan keyakinan mereka kepada Allah s.w.t. serta menetapkan kelayakkan mereka untuk menerima sanjungan dan ganjaran daripada Allah.marilah sama-sama kita merenung diri secara insaf. Kita belum lagi diuji Allah sebesar ujian yang dilalui oleh para Anbiya' dan Auliya'. Bahkan ujian-ujian tersebut tidak mampu untuk kita memikulnya. Akan tetapi, kita mampu meneladani sifat kesabaran para Nabi dan Rasul, dan kita mampu mendidik diri kita untuk bersabar di saat kita melaksanakan ketaatan atau di saat kita dilanda musibah. Kesabaran tersebut sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Kesabaran tersebut perlu konsisten di dalam diri kita. Dan kesabaran tersebut yang meletakkan kita di dalam golongan hamba-hamba Allah yang jujur dan bakal memperolehi syurga Ilahi yang kekal abadi.
Khutbah Title Sabar Membawa Ke Syurga (PDF) [9 September 2016]
Khutbah Title Sabar Membawa Ke Syurga [9 September 2016]
Khutbah Title Sabar Membawa Ke Syurga (Jawi) [9 September 2016]


2 September 2016

Kepentingan Bersabar

  • Sabar merupakan salah satu akhlak mulia yang sangat dituntut di dalam Islam. Ia merupakan ciri istimewa kurniaan Allah bagi insan untuk menghadapi kehidupan yang tidak sunyi daripada cabaran. Kadangkala tatkala ujian datang melanda, kita meragui diri ini, sama ada kita mampu untuk bersabar. Dan sejauh mana diri ini mampu untuk bersabar dan bertahan. Ketahulah saudaraku, anda mampu bertahan dan bersabar. Kerana menurut Imam Al-Ghazali, setiap insan itu mampu untuk bersabar. Lebih-lebih lagi sekiranya anda beriman. Kerana keimanan mengurniakan kekuatan bagi setiap jiwa mukmin untuk bertahan dan bersabar.
  • Kurniaan sifat sabar kepada manusia oleh Allah s.w.t. telah memampukan kita untuk terus maju dari satu tamadun kepada tamadun yang seterusnya. Dengan adanya kesabaran, kita secara berterusan belajar dan mengkaji demi untuk memperbaiki mutu kehidupan. Dari situ, lahirlah juga pelbagai cabang ilmu yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh generasi sebelum kita dahulu, dan kemanfaatanya akan terus dirasakan oleh generasi yang akan datang.
  • Maka, khutbah pada minggu-minggu yang mendatang akan membicarakan tentang kelebihan serta cara untuk kita mengamalkan sifat sabar pada zaman ini. Ini termasuklah bersabar dalam menuntut ilmu serta tidak mudah mempercayai segala maklumat yang diperolehi dari lelaman media. Begitu juga kesabaran dalam membina daya tahan yang kukuh untuk menangani isu keganasan yang kian menggugat keamanan serta kesejahteraan masyarakat kita.
Khutbah Title Kepentingan Bersabar (PDF) [2 September 2016]
Khutbah Title Kepentingan Bersabar [2 September 2016]
Khutbah Title Kepentingan Bersabar (Jawi) [2 September 2016]


26 August 2016

Rahmah Kepada Alam, Kurniaan Allah

  • Minggu ini, marilah bersama-sama kita menghayati kepentingan sifat rahmah terhadap persekitaran kita, sama ada pada alam sekitar mahupun makhluk ciptaan Allah yang lain seperti haiwan. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada insan alam ini dengan segala sumbernya. Ia bukan sahaja sebagai satu kurniaan semata-mata, bahkan ia juga merupakan suatu amanah.
  • Maka saudaraku, Menjaga alam sekitar dan keseluruhan sumber yang ada padanya, sama ada yang bernyawa seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, ataupun yang tiada ruh dan nyawa. Ia merupakan sebahagian daripada kepentingan di dalam agama kita. Ia juga membuktikan betapa prihatin agama ini tentang segala yang mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan manusia.
  • Maka fikirkan setika, lakukan muhasabah dan refleksi, sama ada kita benar-benar telah mempraktikkan aspek rahmah dalam kehidupan kita, ataupun sebaliknya. Semoga kita memperolehi perlindungan daripada Yang Maha Esa, dan semoga Allah menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang sentiasa mensyukuri anugerah pemberian-Nya.
Khutbah Title Rahmah Kepada Alam, Kurniaan Allah (PDF) [19 August 2016]
Khutbah Title Rahmah Kepada Alam, Kurniaan Allah [19 August 2016]
Khutbah Title Rahmah Kepada Alam, Kurniaan Allah (Jawi) [26 August 2016]


19 August 2016

Sifat Rahmah Sesama Insan

  • Minggu ini, khutbah ingin membincangkan suatu lagi aspek rahmah yang dipaparkan Nabi s.a.w. sesama insan. Sama ada yang sama agama maupun yang berlainan agama. Rahmah adalah sifat yang penting di dalam berinteraksi sesama umat manusia. Ia adalah wasilah bagi membina sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan aman, rukun dan makmur. Mentelah lagi di dalam konteks kehidupan kita di Singapura yang bercirikan masyarakat majmuk, maka sifat rahmah ini sangat-sangat diperlukan.
  • Junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w. memiliki sifat rahmah yang sangat tinggi. Sifat ini sentiasa bersama baginda ke mana sahaja beliau pergi. Di saat baginda berbicara dengan orang tua, pergaulannya dihiasi dengan nilai rahmah. Begitu juga hal keadaanya tatkala baginda bersama kanak-kanak, baginda melayani mereka dengan penuh rahmah. Begitu juga di saat baginda berinteraksi dengan mereka yang berlaian agama, interaksi baginda diwarnai dengan sifat kasih sayang dan menginginkan kesejahteraan dan keamanan buat mereka.
  • Itulah sifat rahmah yang dianjurkan oleh Allah. Dan itulah rahmah yang ditunjukkan oleh Baginda s.a.w sepanjang hidupnya. Semoga kita dapat meneladani sifat rahmah Nabi s.a.w. di dalam pergaulan sesama manusia agar keharmonian dan kemakmuran negara dapat dinikmati bersama.
Khutbah Title Sifat Rahmah Sesama Insan (PDF) [19 August 2016]
Khutbah Title Sifat Rahmah Sesama Insan [19 August 2016]
Khutbah Title Sifat Rahmah Sesama Insan (Jawi) [19 August 2016]


12 August 2016

Mengenali Rahmat Nabi s.a.w.

  • Minggu ini, marilah kita mengenali sifat dan ciri rahmah pada peribadi Saidina Muhammad s.a.w., dengan menyingkap aspek rahmat. Baginda sering fikir untuk umatnya, mendoakan kesejahteraan semua. Kasih sayang baginda bahkan merangkumi keseluruhan insan. Ia tidak lain tidak bukan, bertujuan agar dapat kita menjadikan diri baginda s.a.w. sebagai cerminan diri. Lalu berusaha untuk menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh dan ikutan dalam bersifat rahmah.
  • Dalam pergaulan Baginda bersama anak dan isteri, beliau bersifat rahmah dengan selalu bergurau mesra, memberi nasihat dan ringan tulang membantu isteri dan anak di rumah. Jika Nabi yang sibuk dengan pelbagai urusan dan perkara tetap masih boleh membantu para isterinya dalam urusan rumahtangga. Renungkanlah peribadi baginda Nabi s.a.w. yang sangat indah dan mulia, hingga ramai yang jatuh cinta dengan agama ini kerana akhlaknya yang menawan. Raut wajahnya sentiasa ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut dan peramah.
  • Jika kita dapat menjiwai sebahagian besar akhlak Nabi yang mulia dan penuh rahmah ini, insya-Allah hidup ini akan menjadi lebih indah buat kita dan orang-orang sekeliling yang dikasihi. Memang kita ini tidak sehebat Nabi. Namun, kita bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas nikmat kita digolongkan sebagai umat Nabi, maka sebarkan nilai rahmah yang dipaparkan Baginda s.a.w.
Khutbah Title Mengenali Rahmat Nabi s.a.w. (PDF) [12 August 2016]
Khutbah Title Mengenali Rahmat Nabi s.a.w. [12 August 2016]
Khutbah Title Mengenali Rahmat Nabi s.a.w. (Jawi) [12 August 2016]


5 August 2016

Rahmat Allah Meliputi Segala Makhluk

  • Rahmah Allah mempunyai pelbagai makna. Ia mencakupi makna perhatian Allah, hidayah dan petunjuk-Nya, ketetapan seseorang hamba dalam kebenaran, pahala dan syurga. Ini semua sudah tentu mendorong seseorang hamba untuk bersyukur kepada Allah di atas kurniaan dan rahmat-Nya. Dengan rahmat Allah yang Maha luas, hamba-hamba-Nya yang tidak beriman sekalipun akan memperolehi nikmat-Nya.
  • Antara rahmah dan kasih sayang Allah kepada kita, adalah pengurniaan segala nikmat kehidupan ini, tanpa meminta balasan walau dengan satu sen sekalipun. Seandainya kita diminta untuk membayarnya, sudah pasti kita tidak mampu untuk melakukannya. Dan diantara orang-orang yang berhak mendapat rahmat-Nya, adalah; orang-orang yang bertakwa, yang menjaga amanah agama, yang menyebarkan nilai dan prinsip Islam yang universal dan sentiasa berinteraksi sesama manusia dengan akhlak yang baik.
  • Sebagai tanda kesyukuranlah maka kita perlu terus berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keamanan ini serta menolak sebarang pendapat ekstrim dan tegar yang tidak selari dengan kehidupan bermasyarakat di negara majmuk Singapura. Seorang Muslim yang baik memahami bahawa tidak ada konflik di antara menjadi Muslim yang baik dengan menjadi rakyat yang baik. Jatidiri seorang Muslim bukan hanya terletak pada hukum-hukum Syara' yang lahiriah atau hak-hak peribadi semata. Malah jatidiri Muslim juga boleh menyerlah dengan menjadi rakyat yang baik yang mendokong prinsip dan nilai manusiawi yang universal.
Khutbah Title Rahmat Allah Meliputi Segala Makhluk (PDF) [5 August 2016]
Khutbah Title Rahmat Allah Meliputi Segala Makhluk [5 August 2016]
Khutbah Title Rahmat Allah Meliputi Segala Makhluk (Jawi) [5 August 2016]


29 July 2016

Al-Anah sebagai rukun ketiga Hikmah

  • Dalam keghairahan kita untuk melihat natijah daripada usaha kita, kadangkala kita tergesa-gesa untuk mendapatkan hasilnya. Kita harus sedar bahawa bukan semua perkara boleh diraih dalam jangka masa yang begitu singkat. Benih yang ditanam pada hari ini, tidak mungkin menghasilkan pohon yang berbuah keesokan hari. Inilah asam garam kehidupan atau pasang surut kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap insan.
  • Ingin saya menyarankan tiga langkah mudah untuk kita terapkan dalam kehidupan kita, sebagai langkah permulaan untuk menerapkan sifat al-Anah dalam diri kita. Langkah yang pertama adalah untuk sentiasa melakukan sesuatu dengan cara tadarruj iaitu bertahap-tahap. Selanjutnya langkah kedua adalah mengukur usaha yang ingin dilaksanakan dengan kemampuan diri sendiri. Langkah terakhir yang boleh dipertimbangkan adalah bijak menimbang antara kemaslahatan yang ingin dicapai dan kemudaratan yang terhasil dari usaha yang ingin dilakukan.
  • Dalam usaha kita membangun sikap hikmah, Al-Hilm atau kesantunan serta sifat Al-Anah atau ketenangan, ia memerlukan kita untuk mempunyai ilmu. Perbanyakkanlah usaha membaca dan menelaah kitab-kitab serta budayakanlah pembacaan yang luas. Pada masa yang sama dapatkan juga panduan daripada guru yang terlatih dan bertauliah. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan bagi kita untuk menghiasi diri dengan sifat Al-Anah dalam segala gerak-geri dan percakapan kita. Semoga dengannya, kita dapat mencontohi jejak langkah Baginda Nabi s.a.w.
Khutbah Title Al-Anah sebagai rukun ketiga Hikmah (PDF) [29 July 2016]
Khutbah Title Al-Anah sebagai rukun ketiga Hikmah [29 July 2016]
Khutbah Title Al-Anah sebagai rukun ketiga Hikmah (Jawi) [29 July 2016]


22 July 2016

Al-Hilm Sebagai Rukun Kedua Hikmah

  • Terdapat banyak jalan untuk kita meraih cinta Allah s.w.t, di antaranya adalah menghiasi diri dengan dua sifat iaitu Al-Hilm dan Al-Anah. Al-Hilm bererti seorang dapat mengawal dirinya ketika marah, walaupun beliau mampu untuk bertindak balas terhadap orang yang menimbulkan kemarahan. Al-Hilm juga bererti seseorang itu sentiasa mengawal dirinya, di saat berhadapan dengan perkara yang kurang disenanginya ketika menimpa dirinya. Manakala Al-Anah bererti tidak tergesa-gesa dan ketenangan dalam melakukan sesuatu perkara.
  • Kepentingan sifat Al-Hilm ini tidak dapat dinafikan lagi. Lagi-lagi sekarang ini, kita melihat kata-kata kasar digunakan oleh sebahagian anggota masyarakat ketika meluahkan pandangan atau buah fikiran di lelaman sosial seperti Facebook dan seumpamanya. Kadangkala, yang menjadi hambatan bukan kerana kita tiada maklumat agama tentang satu isu, akan tetapi apabila tiada "cara" dalam menegur. Maka hayatilah aspek hikmah dan Al-Hilm dalam pergaulan kita.
Khutbah Title Al-Hilm Sebagai Rukun Kedua Hikmah (PDF) [22 July 2016]
Khutbah Title Al-Hilm Sebagai Rukun Kedua Hikmah [22 July 2016]
Khutbah Title Al-Hilm Sebagai Rukun Kedua Hikmah (Jawi) [22 July 2016]


15 July 2016

Al-Ilm Sebagai Rukun Pertama Hikmah

  • Sekiranya khutbah minggu lepas telah membicarakan tentang hikmah. Maka pada hari ini, marilah bersama-sama kita memerhatikan aspek yang lain dalam berlaku hikmah.
  • Imam Sufyan al-Thauri rahimahullah pernah berkata: "Tidak boleh mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kecuali seseorang yang memiliki tiga sifat: Yang pertama: Lemah lembut ketika menyuruh dan lemah lembut ketika melarang. Yang kedua: Adil ketika menyuruh dan adil ketika melarang. Dan yang ketiga: Memiliki ilmu tentang apa yang disuruh dan memiliki ilmu tentang apa yang dilarang."
Khutbah Title Al-Ilm Sebagai Rukun Pertama Hikmah (PDF) [15 July 2016]
Khutbah Title Al-Ilm Sebagai Rukun Pertama Hikmah [15 July 2016]
Khutbah Title Al-Ilm Sebagai Rukun Pertama Hikmah (Jawi) [15 July 2016]


8 July 2016

Menghayati Pengertian Hikmah Di Dalam Al-Quran

  • Di antara ciri seorang mukmin yang mendambakan kebaikan, dia perlu berhikmah. Hikmah dalam berdakwah perlu memerhatikan dua perkara penting; (i) Tujuan yang ingin dicapai iaitu kerana Allah dan mengejar keredaan-Nya, (ii) menggunakan pendekatan yang efektif dan bijak di saat menyeru ke jalan Ilahi.
  • Bagi mencapai aspek hikmah, hendaklah seseorang itu berjaya meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai dan berusaha menerapkan hikmah tersebut di dalam setiap pergaulannya sama ada dari sudut penuturan ataupun pergerakan.
  • Hikmah memerlukan kebijakan di dalam memilih pendekatan yang sesuai dengan keadaan, peringkat pemahaman dan penerimaan, serta tahap ketaatan seseorang. Ini kerana golongan yang melakukan kesalahan disebabkan kejahilan tidak sama dengan golongan yang melakukannya dalam keadaan dia mengerti. Kadangkala diperlukan ketegasan dalam sebahagian situasi, kadangkala diperlukan kelembutan di situasi yang lain. Dan kadangkala pendekatan berdiam diri diperlukan bagi mencapai kemaslahatan dan menolak keburukan.
  • Ketika berdiskusi dan berdialog, seseorang perlu menggunakan pendekatan yang lebih baik dari sudut pilihan kata-kata, gerak geri dan menahan emosi di saat beliau mengemukakan hujjah-hujah dan keterangan. Tujuan akhirnya bukan untuk menentukan siapa yang menang atau siapa yang kalah. Akan tetapi tujuan itu semua adalah demi mencari kebenaran, serta membimbing insan ke jalan Tuhan. Inilah kemuncak adab berikhtilaf.
Khutbah Title Menghayati Pengertian Hikmah Di Dalam Al-Quran (PDF) [8 July 2016]
Khutbah Title Menghayati Pengertian Hikmah Di Dalam Al-Quran [8 July 2016]
Khutbah Title Menghayati Pengertian Hikmah Di Dalam Al-Quran (Jawi) [8 July 2016]


6 July 2016

Khutbah Aidilfitri - Ramadan Membina Keyakinan Dan Kesatuan Kita

  • Mendorong untuk menghayati usaha baik yang telah kita laksanakan sepanjang Ramadan.
  • Ramadan mengajar kita kepentingan bersikap dalam menghadapi pelbagai isu cabang agama, dan elakkan dirinya dari bersikap sombong. Meskipun seseorang itu merasa yakin bahawa pandangan yang dipegangnya adalah benar. Bahkan seharusnya dia berlaku adil dalam membicarakan pendirian orang lain. Keadilan akan melahirkan kasih sayang, keadilan akan memadamkan api fitnah dan keadilan pasti menyatukan ummah.
  • Pengamalan Islam tidak bergantung kepada tertegaknya khilafah atau daulah Islamiah. Mereka yang berada di Singapura tidak bermakna kurang sempurna keimanan mereka. Ini kerana terdapat di dalam sejarah Islam pengalaman hidup sebahagian sahabat Nabi saw di bumi Habsyah di bawah pemerintahan bukan Islam. Corak keagamaan sedemikian harus disuburkan demi kebaikan umat Islam hari ini dan kemaslahatan generasi Islam akan datang.
  • Meskipun masyarakat Islam Singapura merupakan kelompok minoriti, masyarakat Islam telah berjaya menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat. Seperti usaha memperkukuhkan kedamaian dan persefahaman antara pelbagai kaum seperti yang dilakukan oleh Maulana Abdul Aleem Siddique dengan menubuhkan Inter Religious Organisation (IRO) pada tahun 1949. Inisiatif yang baik perlu diteruskan, pada waktu yang sama, masyarakat hari ini perlu mencorak arus dan melakarkan sejarah dan masa depan mereka sendiri.
  • Kita mesti menolak dengan sekeras-kerasnya bukan sahaja ideologi keganasan bahkan juga ajaran-ajaran yang menanam bibit-bibit kebencian terhadap sesama saudara seagama mahupun mereka yang berlainan agama.
Khutbah Title Khutbah Aidilfitri - Ramadan Membina Keyakinan Dan Kesatuan Kita (PDF) [6 July 2016]
Khutbah Title Khutbah Aidilfitri - Ramadan Membina Keyakinan Dan Kesatuan Kita [6 July 2016]
Khutbah Title Khutbah Aidilfitri - Ramadan Membina Keyakinan Dan Kesatuan Kita (Jawi) [6 July 2016]


1 July 2016

Mengharap Penerimaan Tuhan

  • Antara ciri dan sikap orang mukmin adalah dia merupakan hamba Allah yang menghargai kurniaan Allah s.w.t. Antara kurniaan Allah s.w.t. yang begitu berharga buat insan adalah umur dan masa yang dikurniakan Tuhan. Kita melihat juga di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. peringatan yang berulangkali berkaitan dengan harga masa dan umur kurniaan Tuhan yang terbatas. Oleh itulah, maka datang peringatan-peringatan akan kepentingan sering ingat akan kematian. Bukan tujuannya untuk menakut-nakutkan insan dengan kematian, bahkan dengan tujuan untuk membentuk peribadi dan jiwa mukmin yang memiliki daya tahan agama yang kuat, untuk terus berusaha dengan sebaik-baiknya, dengan umur yang dikurniakan Tuhan.
  • Ini merupakan intipati ajaran Islam. Agar setiap muslim itu menjadi insan yang menghargai umur dan masa yang Allah kurniakan. Sepanjang kehidupannya beliau berusaha untuk menyumbang dan membawa perubahan. Semakin insan ingat kepada hakikat kehidupan dan kematian, semakin kuat dia bakal berusaha untuk memastikan bahawa kesempatan yang Allah kurniakan kepadanya tidak disia-siakan. Maka pada saat dan detik ini, fikirkan seketika saudaraku sekalian, bagaimanakah Ramadan kita pada tahun ini? Adakah kita merasakan bahawa kita telah berusaha dengan yang terbaik pada Ramadan kali ini?
  • Walaupun sekiranya kita rasa diri kita telah berjaya melaksanakan sesuai dengan perintah Tuhan dalam beramal sepanjang Ramadan, setiap mukmin tetap mengharapkan penerimaan Allah s.w.t. Tiada kepastian saudaraku, sehinggalah saat dan detik pertemuan dengan Allah. Tiada ruang dalam dirinya untuk merasa bongkak dan meninggi diri. Kita beramal, di waktu yang sama menjadikan Allah s.w.t. sebagai satu-satunya sandarannya dalam beramal. Semoga Allah s.w.t. menerima segala amalan kita. Dan semoga Allah mengolongkan kita sekeluarga daripada golongan yang Allah kurniakan rahmahNya, dikurniakan maghfirahNya dan pembebasan daripada api neraka.
Khutbah Title Mengharap Penerimaan Tuhan (PDF) [1 July 2016]
Khutbah Title Mengharap Penerimaan Tuhan [1 July 2016]
Khutbah Title Mengharap Penerimaan Tuhan (PDF) Jawi [1 July 2016]


24 June 2016

Memakmurkan Akhir Ramadan

  • Sesungguhnya seperti baru semalam kita merasakan kerinduan yang amat mendalam untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan. Tiba-tiba, dengan tanpa disedari Ramadan hampir berlalu pergi meninggalkan kita. Sama ada disedari ataupun tidak, kita akan bertemu dengan sepuluh malam terakhir Ramadan tidak lama lagi. Dengan berlalunya hari-hari di bulan mulia ini, ia bererti kita perlu dengan segera dan dengan penuh bersungguhan berusaha untuk meraih peluang pengampunan, dan pembersihan dari dosa-dosa serta kesilapan masa lampau. Bagaimana sibuk sekalipun kita dalam melaksanakan tugasan duniawi, perlu kita sedari bahawa apa pun rezeki yang kita raih adalah milik dan anugerah Allah s.w.t kepada kita.
  • Marilah kita berusaha, agar diri kita sentiasa dekat kepada Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. juga dekat dengan kita. Ketahuilah bahawa jalan menuju Allah s.w.t. itu lurus dan jelas untuk diharungi. Apabila terdetik di hati kita untuk kembali kepada Allah dan bertaubat kepadaNya, ketahuilah pada saat tersebut, kita sebenarnya sudah memulakan perjalanan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Maka tanamkan niat saudaraku, untuk kita memperbaiki hubungan kita bersama Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi dengan ketibaan sepuluh malam terakhir ini. Jangan kita lepaskan peluang keemasan ini untuk mencari malam Lailatul Qadar dengan mempertingkatkan amal ibadah pada sepuluh malam yang terakhir.
  • Sesungguhnya, kita tidak tahu sama ada ini mungkin merupakan Ramadan yang terakhir kita di dunia ini. Kita tidak tahu samada kita mahupun keluarga akan dapat bersama melaksanakan ibadah puasa, terawih mahupun solat bersama pada Ramadan akan datang. Oleh itu, sepertimana giatnya kita di dalam membuat persediaan untuk Eidulfitri, giatkanlah lagi keluarga kita untuk sama-sama meraih keistimewaan Lailatul Qadar dan Ramadan. Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kepada kita peluang pada Ramadan kali ini untuk mensucikan diri kita dan juga harta kita, sehingga membawa ketenangan dan kesejahteraan ke dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Khutbah Title Memakmurkan Akhir Ramadan (PDF) [24 June 2016]
Khutbah Title Memakmurkan Akhir Ramadan [24 June 2016]
Khutbah Title Memakmurkan Akhir Ramadan (PDF) Jawi [24 June 2016]


17 June 2016

Mencapai Objektif Di Sebalik Ibadah Puasa

  • Bulan ini adalah bulan mulia, bulan kebaikkan, bulan melaksanakan Al-Ma’ruf. Ramadan merupakan waktu yang amat sesuai untuk kita memastikan bahawa tali perhubungan kita bersama masyarakat ini, kekal terpelihara. Inilah yang dimaksudkan sebagai mencapai darjat ketakwaan. Ketakwaan yang mendorong kita untuk mencari peluang melaksanakan kebaikkan, untuk menyebarkan keihsanan, dan saling membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya kita memerhatikan keseluruhan ibadah yang kita laksanakan sepanjang Ramadan, ia sebenarnya bertujuan untuk membina ketakwaan dalam diri. Kita menahan kelaparan dan dahaga di siang hari, sehingga dapat merasakan kesusahan golongan yang kurang berkemampuan.
  • Begitu juga perintah untuk mengeluarkan zakat fitrah pada bulan ini. Semuanya bertujuan agar kita berkongsi kesenangan dengan golongan yang memerlukan. Pastikanlah tidak terdapat unsur pembaziran dalam pemakanan dan perbelanjaannya. Sama ada ketika berbuka ataupun ketika berbelanja rumah. Makanan yang ditempah berlebihan, akhirnya terbuang, sedangkan masih ada lagi, pada saat ini detik ini, pelarian yang tiada tempat berteduh, tiada pemakanan dan pakaian yang sempurna.
  • Rebutlah peluang Ramadan ini untuk berusaha mencapai darjat ketakwaan tersebut. Untuk membina hubungan dan keihsanan kita kepada Allah s.w.t. di waktu yang sama membina keihsanan kita sesama insan. Jadikan Ramadan kali ini, Ramadan yang mengubah diri, Ramadan yang berjaya membentuk peribadi dan pekerti. Ramadan yang membawa keampunan dan kemaafan buat diri kita. Nabi s.a.w. pernah mengingatkan kita, tentang insan yang dianggap amat rugi. Kerana dia didatangi bulan Ramadan tetapi dia masih tidak diampunkan, masih tidak mendapat kebaikannya. Semoga dalam usaha kita mengejar setiap kelebihan di dalam bulan Ramadan ini, kita dapat berkongsi keindahan tersebut dengan ahli keluarga kita, sekaligus membina keluarga yang penyayang dan harmoni, yang taat kepada Allah s.w.t.
Khutbah Title Mencapai Objektif Di Sebalik Ibadah Puasa (PDF) [17 June 2016]
Khutbah Title Mencapai Objektif Di Sebalik Ibadah Puasa [17 June 2016]
Khutbah Title Mencapai Objektif Di Sebalik Ibadah Puasa (PDF) Jawi [17 June 2016]


10 June 2016

Memupuk Nilai Dalam Keluarga Melalui Amal Ibadah

  • Dengan bertandangnya bulan Ramadan dan ketika setiap individu Muslim akan terdorong untuk mendekatkan dirinya kepada Allah, perlu juga sebagai seorang Muslim memikirkan bagaimana bulan ini juga boleh merapatkan sebarang jurang yang mungkin ada di dirinya dan keluarga. Kita tidak mahu menjadi orang yang giat beribadah, berpuasa, berterawih sepanjang Ramadan, meminta keampunan Allah serta memohon syurgaNya, namun kita masih bergaduh sesama keluarga, kita masih lagi memutuskan silaturahim dan tidak bertegur sapa sesama anak, ibu bapa mahupun adik-beradik.
  • Ini merupakan suatu kecuaian orang yang berpuasa. Ini kerana apabila kita membiarkan hubungan silaturahim sesama keluarga secara khusus terputus tanpa ada usaha langsung menyambungnya semula, maka dikhuatiri kita nanti boleh tersungkur di pintu syurga. Ramadan merupakan waktu yang amat sesuai untuk kita memperkukuh hubungan sesama keluarga. Ini kerana, sudah menjadi budaya masyarakat Islam setempat bahawa keluarga, teman dan taulan sentiasa berusaha untuk bertemu dan makan bersama ketika berbuka puasa. Selepas itu mereka akan sama ada akan solat dan berterawih bersama.
  • Untuk mereka yang mana hubungan silaturahimnya telah terputus, Ramadan ini juga merupakan waktu yang sesuai untuk kita menjalinkan hubungan itu semula. Dengan menjalinkan hubungan yang baik dan kukuh sesama keluarga, ia akan menyumbang kepada kebahagiaan dalaman kita. Ini adalah kerana orang yang gembira di rumah akan juga bersemangat apabila di tempat kerja mahupun sekolah. Rebutlah peluang Ramadan ini untuk kita memperkukuh hubungan kekeluargaan kita kerana ia akan mendatangkan manfaat kebaikan kepada kehidupan kita sebagai individu dan juga sebagai sebuah masyarakat dan juga akan menyumbang kepada keharmonian negara.
Khutbah Title Memupuk Nilai Dalam Keluarga Melalui Amal Ibadah (PDF) [10 June 2016]
Khutbah Title Memupuk Nilai Dalam Keluarga Melalui Amal Ibadah [10 June 2016]
Khutbah Title Memupuk Nilai Dalam Keluarga Melalui Amal Ibadah (PDF) Jawi [10 June 2016]


3 June 2016

Ramadan Bulan Membina Daya Tahan Kerohanian

  • Kurang dari beberapa hari lagi kita akan menyambut kehadiran bulan Ramadan. Bulan keberkatan, ganjaran dan pengampunan. Bulan yang bertujuan menyuburkan ketakwaan kita, membangkitkan semangat ibadah serta menghidupkan semula keimanan yang mungkin pudar setelah setahun berlalu semenjak Ramadan yang lepas.
  • Dengan bermula Ramadan, kita juga akan memulakan ibadah yang amat istimewa padanya yang tidak diwajibkan pada bulan-bulan lain. Ia adalah ibadah berpuasa. Sedarilah bahawa saat kita memulakan ibadah puasa, sesungguhnya Allah telah meletakkan kita pada kedudukan strategik untuk meninggikan maratabat diri kita di sisiNya.
  • Janganlah kita ini ketika berpuasa dan dalam keadaan ingin mendapatkan syurga Allah, kita lakukan perkara yang boleh menyebabkan kita tersungkur di pintu syurgaNya. Ramai di kalangan kita yang berpuasa namun tidak memerhatikan perkara yang nampaknya remeh tetapi memberi kesan yang amat dahsyat.
Khutbah Title Ramadan Bulan Membina Daya Tahan Kerohanian (PDF) [3 June 2016]
Khutbah Title Ramadan Bulan Membina Daya Tahan Kerohanian [3 June 2016]
Khutbah Title Ramadan Bulan Membina Daya Tahan Kerohanian (PDF) Jawi [3 June 2016]


27 May 2016

Menyebarkan Risalah Rahmah

  • Pada Jumaat yang lalu telah memperkatakan soal hubungan manusia sesama manusia sama tidak kiralah sesama yang Muslim ataupun saudara seinsan lain. Minggu ini, khutbah ingin berkongi akan kepenting menyebarkan risalah rahmah. Di saat kita berinteraksi, teladanilah peribadi Rasulullah s.a.w yang bersifat rahmah dan yang membawa rahmah kepada sekalian alam. Jadilah kita sebagai masyarakat Islam Singapura yang menjadi contoh terbaik dalam setiap kebaikan dan kebajikan. Pastikan tingkah laku kita serta tutur bicara kita itu sentiasa indah dan mulia. Jangan disebabkan keburukkan akhlak dan budi pekerti, kita ini menjadi hijab yang menutupi keindahan ajaran murni Islam di mata umat manusia.
  • Dengan kedatangan Ramadan ini, ketika mana kita sebagai sebuah masyarakat lebih giat menabur bakti dan melakukan kebajikan, pastikan kebaikan dan rahmah dapat menyentuh setiap individu yang berurusan dengan kita, tidak kira bangsa mahupun agama. Mudah-mudahan ia menjadi pemangkin kepada kedamaian, persefahaman dan bahkan perasaan saling menghormati yang berpanjangan. Berdoalah mudah-mudahan Allah meletakkan kunci kebaikan di tangan kita dan generasi kita seterusnya.
Khutbah Title Menyebarkan Risalah Rahmah (PDF) [27 May 2016]
Khutbah Title Menyebarkan Risalah Rahmah [27 May 2016]
Khutbah Title Menyebarkan Risalah Rahmah (PDF) Jawi [27 May 2016]


20 May 2016

Pesanan Tuhan Dalam Berinteraksi Sesama Muslim

  • Kita sekarang berada di bulan Syaaban, bulan di mana sepatutnya kita sudah membuat perancangan yang teliti bagi menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Banyak pengalaman baru yang bakal kita tempohi bersama Ramadan. Pengalaman betapa manisnya hidup bersama Allah di malam Ramadan dan pengalaman betapa indahnya hidup bersama saudara muslim kita ketika bertarawih dan bertadarus di bulan Ramadan. Sehubungan dengan itu, kita harus sedar secara insaf bahawa semakin dekat seseorang hamba kepada Allah, semakin dekat dirinya itu kepada insan. Begitu juga sebaliknya, semakin dekat diri seseorang untuk bersilaturrahim sesama manusia, semakin dekat hubungannya dengan Allah.
  • Tiada dinafikan, terdapat juga di dalam lipatan sejarah di mana telah berlaku perselisihan pendapat dan perdebatan hangat di kalangan beberapa para ulama dalam isu yang terkait dengan isu pokok (usul) atau cabang (furu’). Namun, jika dilihat dengan teliti, isu sedemikian amat sedikit bahkan boleh ditangani dengan baik dan boleh juga diatasi dengan bijaksana. Dalam menghadapi perbezaan pendapat antara kita, sesama umat Islam (intra-Faith), yang diperlukan adalah kekuatan kematangan bukan kekuatan emosi, kekuatan kasih sayang bukan saling membenci.
  • Marilah sama-sama kita layari bulan Syaaban yang mulia ini dengan bermuhasabah terhadap apa yang telah kita lakukan selama ini bersama saudara kita ketika berinteraksi, secara khusus di media sosial. Berusahalah dengan gigih di bulan ini sebagai persiapan menghadapi kedatangan bulan Ramadan agar tutur bicara kita tidak menyemarakkan lagi api fitnah atau tangan-tangan kita tidak menyumbang kepada perselisihan dan perpecahan masyarakat Islam.
Khutbah Title Pesanan Tuhan Dalam Berinteraksi Sesama Muslim (PDF) [20 May 2016]
Khutbah Title Pesanan Tuhan Dalam Berinteraksi Sesama Muslim [20 May 2016]
Khutbah Title Pesanan Tuhan Dalam Berinteraksi Sesama Muslim (PDF) Jawi [20 May 2016]


13 May 2016

Adab Ketika Berinteraksi Bersama Bukan Islam

  • Khutbah minggu ini ingin membicarakan secara khusus mengenai adab berinteraksi dan berkomunikasi bersama saudara yang bukan Islam. Di saat seseorang Muslim berinteraksi dengan saudara seinsannya yang bukan Islam, perlu beliau amati dan hayati pesanan Tuhan di antaranya: Untuk menghargai dan mengiktiraf kebebasan beragama seseorang.
  • Islam tidak membenarkan paksaan dalam beragama, maka setentunya Islam menitikberatkan budaya saling hormat antara satu dengan yang lain. Atas dasar itu kita dilarang oleh Allah s.w.t. untuk menghina sembahan yang disembah oleh orang-orang bukan Islam. Bukanlah adab seseorang yang beragama untuk menghina mahupun mempersenda kepercayaan penganut lain kerana ia tidak menghasilkan sesuatu kebaikan dalam agama Islam. Islam datang untuk memandu manusia kepada kebenaran.
  • Hendaklah kita berpegang kepada prinsip agama iaitu menyebarkan keamanan dan kesejahteraan. Prinsip ini harus jelas terlihat di setiap tutur bicara kita, dan di setiap tingkah laku kita. Dengan prinsip ini, kita sentiasa cinta kepada kedamaian, kita selalu cinta kepada kemakmuran dan kita bersedia untuk menghulur dan berjabat tangan kepada sesiapa sahaja yang cintakan kesejahteraan bagi umat sejagat.
Khutbah Title Adab Ketika Berinteraksi Bersama Bukan Islam (PDF) [13 May 2016]
Khutbah Title Adab Ketika Berinteraksi Bersama Bukan Islam [13 May 2016]
Khutbah Title Adab Ketika Berinteraksi Bersama Bukan Islam (PDF) Jawi [13 May 2016]


6 May 2016

Pesanan Tuhan Tentang Hubungan Sesama Insan

  • Seandainya diperhatikan kandungan Al-Quran secara teliti pasti akan menggerakkan minda seseorang muslim untuk berfikir. Ianya juga pasti mengetuk pintu hatinya untuk merenung akan kebesaran Allah yang mencipta segala sesuatu dengan penuh keindahan. Namun, tidak kurang ramainya manusia hari ini yang terlepas pandang akan satu sudut penting, di saat mereka berinteraksi antara satu sama lain. Sudut tersebut yang saya maksudkan adalah beraneka kepercayaan dan pegangan.
  • Sehubungan dengan itu, pembacaan kita ketika berinteraksi antara silang agama (inter-faith) dan interaksi antara kita sesama muslim (intra-faith) akan mewarnai tindakan seharian kita. Seandainya pembacaannya dilakukan secara cermat dan terpandu, masyarakat akan bertambah kuat dan bersatu, dan sekiranya pembacaannya dilakukan secara membenci dan emosi, akan hilang sifat rahmah di dalam diri dan semua masyarakat akan merasa rugi.
  • Demikianlah sekelumit ajaran murni Islam mengenai soal hubungan manusia antara satu sama lain. Seandainya kenyataan di dunia hari ini berbeza dengan apa yang tersurat dalam petunjuk agama ini, maka yang keliru dan yang salah adalah si pelakunya dan bukan ajaran Islam itu sendiri.
Khutbah Title Pesanan Tuhan Tentang Hubungan Sesama Insan (PDF) [6 May 2016]
Khutbah Title Pesanan Tuhan Tentang Hubungan Sesama Insan [6 May 2016]
Khutbah Title Pesanan Tuhan Tentang Hubungan Sesama Insan (PDF) Jawi [6 May 2016]


29 Apr 2016

Merendah Diri di Hadapan Allah s.w.t

  • Banyak yang telah diperkatakan mengenai sikap tawadhu dan rendah diri dalam khutbah-khutbah sebelum ini. Selain daripada merendah diri sesama manusia, tawadhu’ yang paling perlu untuk kita hayati adalah untuk merendahkan diri dan hati kita kepada Allah s.w.t. Apabila kita merendahkan diri dan jiwa kita kepada Allah, maka seluruh anggota kita yang lain akan juga ikut tunduk merendah diri, kita bakal menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah s.w.t..
  • Oleh itu saudara, dalam kita berusaha untuk mencapai matlamat yang kita inginkan dalam kehidupan, jangan lupa untuk disandarkan harapan kepada Allah s.w.t.
Khutbah Title Merendah Diri di Hadapan Allah s.w.t (PDF) [29 Apr 2016]
Khutbah Title Merendah Diri di Hadapan Allah s.w.t [29 Apr 2016]
Khutbah Title Merendah Diri di Hadapan Allah s.w.t (PDF) Jawi [29 Apr 2016]


22 Apr 2016

Merendah Diri Dalam Amal Soleh

  • Meskipun seseorang itu dilihat sebagai insan biasa sahaja, tetapi nilai amalannya hanya Allah s.w.t. yang mengetahuinya. Kita mungkin terkabur dengan hiasan zahir. Yang pastinya, Allah Maha mengetahui apa yang terlihat dan tersirat di dalam diri seseorang. Tiada wajar kita untuk menghukum diri seseorang dengan pandangan zahir, tetapi kita mampu untuk mendoakan yang terbaik untuk mereka dan sesiapa sahaja dalam mencari keredhaan Allah.
  • Dalam keadaan kita yang tiada jaminan ini, siapakah kita untuk merendahkan orang lain yang melakukan kesalahan dan mengetepi ataupun memperlekehkan amalannya. Kerana boleh jadi dia dapat berubah kepada yang lebih baik, melakukan amal ibadah yang lebih daripada kita. Kita tetap bersangka baik terhadap Allah, bahawa Allah tidak akan mensia-siakan amalan orang yang beramal saleh. Di waktu yang sama, setiap individu mukmin, tetap akan sentiasa terus mengharapkan rahmat dan bantuan Illahi. Kerana Allah lah Yang Maha Mengetahui segala kesudahan.
Khutbah Title Merendah Diri Dalam Amal Soleh (PDF) [22 Apr 2016]
Khutbah Title Merendah Diri Dalam Amal Soleh [22 Apr 2016]
Khutbah Title Merendah Diri Dalam Amal Soleh (PDF) Jawi [22 Apr 2016]


15 Apr 2016

Ibadah Membentuk Sikap Rendah Diri

  • Sekiranya kita perhatikan amal ibadah yang kita laksanakan setiap hari sebenarnya dapat membentuk dan menerapkan sifat rendah diri serta menghapuskan sikap angkuh dan keakuan.
  • Salah satu ibadah tersebut adalah ibadah solat. Sebagai contoh; di saat seorang hamba mengangkat kedua belah tangannya untuk bertakbir, pada saat itulah segala yang beliau miliki sama ada harta, kedudukan, pekerjaan, kepandaian dan kemahiran hendaklah ditinggalkannya, kerana pada ketika itu beliau sedang berhadapan dengan Al-Malik (Tuhan Pemilik segalanya).
  • Semua ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengingatkan diri kita agar tidak menyombong diri dan melupakan sumber segala kenikmatan dan pujian itu adalah datang dari Allah s.w.t yang bersifat Al-Razzaq.
Khutbah Title Ibadah Membentuk Sikap Rendah Diri (PDF) [15 Apr 2016]
Khutbah Title Ibadah Membentuk Sikap Rendah Diri [15 Apr 2016]
Khutbah Title Ibadah Membentuk Sikap Rendah Diri (PDF) Jawi [15 Apr 2016]


8 Apr 2016

Merendah Diri Sebagai Peribadi Seorang Muslim

  • Khutbah minggu ini ingin menitikberatkan akan sifat merendah diri sebagai peribadi seorang muslim. Tanpa kerendahan diri, kita akan dikuasai rasa ego dan sombong yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan orang lain. Bahkan sikap merendah diri menjadi kunci untuk mengelakkan daripada permusuhan dan kezaliman sesama manusia.
  • Semaklah diri dan hati kita semula saudara. Lihatlah cara kita berkelakuan sama ada dengan Allah mahupun manusia lain. Perhatikan kata-kata kita di media sosial. Mintalah nasihat dan penilaian jujur orang yang rapat dengan kita.
  • Perasaan rendah diri adalah kunci untuk kita disenangi bukan sahaja oleh manusia tetapi juga Allah s.w.t. Orang yang merendah diri akan lebih mudah diterima orang ramai dan dengan itu boleh membuka banyak peluang kebaikan. Dengan sikap tawaduk, ia akan membantu kita menjadi seorang pekerja yang lebih mudah menerima kritikan membina dan memperbaiki diri kita. Ia dapat menjadikan kita seorang pemimpin keluarga yang lebih disayangi anggotanya kerana kita akan lebih mudah memohon kemaafan apabila tersilap dan memperbaiki keadaan, tidak seperti orang yang sombong dan ego.
Khutbah Title Merendah Diri Sebagai Peribadi Seorang Muslim (PDF) [8 Apr 2016]
Khutbah Title Merendah Diri Sebagai Peribadi Seorang Muslim [8 Apr 2016]
Khutbah Title Merendah Diri Sebagai Peribadi Seorang Muslim (PDF) Jawi [8 Apr 2016]


1 Apr 2016

Rendah Diri Dalam Ilmu Pengetahuan

  • Khutbah minggu ini mengajak kita merenungkan kisah Nabi Musa a.s. berazam untuk belajar daripada Nabi Khidir a.s. Indahnya peribadi beliau. Meskipun telah menjadi seorang Nabi Allah, beliau tidak merasa bahawa ilmu yang beliau ada sudah cukup, tidak pula beliau berhenti menimba ilmu apabila diberitahu adanya seseorang yang mengetahui apa yang tidak beliau ketahui.
  • Kisah ini menunjukkan kepada kita bagaimana hebat pun kita merasa kemampuan dan penguasaan ilmu kita, Allah s.w.t. lebih mengetahui akan semua perkara, dan ilmu pengetahuan manusia adalah terhad.
  • Marilah kita mencontohi Nabi Allah Musa a.s., dalam sikap tawadhu’ dalam menuntut dan meraih ilmu pengetahuan.
Khutbah Title Rendah Diri Dalam Ilmu Pengetahuan (PDF) [1 Apr 2016]
Khutbah Title Rendah Diri Dalam Ilmu Pengetahuan [1 Apr 2016]
Khutbah Title Rendah Diri Dalam Ilmu Pengetahuan (PDF) Jawi [1 Apr 2016]


25 Mac 2016

Berlaku Adil Terhadap Diri Sendiri

  • Jika sebelum ini kita telah pun membincangkan kepentingan agar tidak berlaku zalim dan tidak adil kepada orang lain dan makhluk Allah. Jangan pula kita terlupa akan kepentingan untuk tidak “menzalimi diri sendiri”. Namun apakah erti menzalimi diri sendiri yang sering kita temui di dalam Al-Quran?
  • Menurut ulama tafsir, seperti Imam Ibn Kathir dan Imam Al-Tabari, “menzalimi diri sendiri” membawa maksud: Seseorang yang bermaksiat kepada Allah serta tidak menunaikan hak dan tanggungjawab yang diwajibkan ke atasnya.
  • Oleh itu saudaraku, perhatikanlah segenap sudut kehidupan kita. Pastikan kita berlaku adil kepada diri, keluarga, sekelian makhluk dan paling penting kepada Allah s.w.t.
Khutbah Title Berlaku Adil Terhadap Diri Sendiri (PDF) [25 Mac 2016]
Khutbah Title Berlaku Adil Terhadap Diri Sendiri [25 Mac 2016]
Khutbah Title Berlaku Adil Terhadap Diri Sendiri (PDF) Jawi [25 Mac 2016]


18 Mac 2016

Laksanakan Keadilan, Tunaikan Hak Sesama Insan

  • Pandangan kita terhadap keadilan tidak seharusnya dikaburkan oleh kecenderungan dan kasih sayang kita terhadap seseorang.
  • Hari ini, kita melihat sebahagian orang yang sanggup membenarkan dan mempertahankan mereka yang mempunyai kecenderungan orientasi agama mahupun kumpulan rakan yang sama meskipun orang itu melakukan sesuatu yang salah. Contohnya temannya yang sealiran menjatuhkan maruah, menghina mahupun menzalimi orang daripada kecenderungan agama yang lain. Namun daripada menegur temannya itu, mereka cuba mempertahankan salah laku temannya.
  • Ini tidak selari dengan panduan agama kita saudara. Jika teman mahupun saudara kita salah bantulah mereka dengan membetulkannya.
Khutbah Title Laksanakan Keadilan, Tunaikan Hak Sesama Insan (PDF) [18 Mac 2016]
Khutbah Title Laksanakan Keadilan, Tunaikan Hak Sesama Insan [18 Mac 2016]
Khutbah Title Laksanakan Keadilan, Tunaikan Hak Sesama Insan (PDF) Jawi [18 Mac 2016]


11 Mac 2016

Berlaku Adil Terhadap Nikmat Kurniaan Allah

  • Pada minggu lalu, khutbah mengingatkan kita tentang kepentingan berlaku adil dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memberikan setiap perkara haknya. Pada minggu ini pula, khutbah ingin menegaskan kepentingan berlaku adil terhadap kurniaan Allah. Dan salah satu nikmat kurniaan Tuhan yang amat besar namun mungkin telah dipandang remeh oleh sebahagian kita adalah nikmat sumber alam secara khususnya air bersih.
  • Kita tidak terlalu memikirkan betapa besarnya nikmat Allah ini ketika menggunakannya tidak kiralah untuk tujuan ibadah seperti wudhu mahupun tujuan keperluan kehidupan lain. Amat jarang kita merasakan sekatan air ataupun kepayahan mendapatkan air bersih sebagai sumber minuman. Ingatlah saudara setiap titisan air itu pada hakikatnya adalah titisan nyawa dan kehidupan. Air merupakan keperluan asas seluruh kehidupan makhluk yang mana tanpanya akan hancurlah kehidupan.
  • Maka sejajar dengan dorongan syarak untuk kita menghargai nikmat air tersebut, mari kita bersama-sama bertekad untuk mengamalkan sunnah Nabi dengan berjimat-cermat dalam penggunaan air. Ia bermula dari diri kita dulu. Dengan membentuk dalam diri anak-anak kita, dan ahli keluarga kita, rasa penghargaan terhadap nikmat air, dengan tidak membazir penggunaan air, walaupun setitis. Ketahuilah setiap usaha yang kita jalankan dalam penjimatan air merupakan suatu amalan yang terpuji di sisi Allah, dan ia menyumbang kearah kesejahteraan dunia.
Khutbah Title Berlaku Adil Terhadap Nikmat Kurniaan Allah (PDF) [11 Mac 2016]
Khutbah Title Berlaku Adil Terhadap Nikmat Kurniaan Allah [11 Mac 2016]
Khutbah Title Berlaku Adil Terhadap Nikmat Kurniaan Allah (PDF) Jawi [11 Mac 2016]


4 Mac 2016

Menghayati Kepentingan Sifat Keadilan

  • Adakalanya tanpa kita sedari, sikap ketidakadilan ibu bapa dalam layanan terhadap anak-anak boleh menimbulkan perasaan hasad dengki, kebencian dan bahkan kemarahan antara adik beradik. Ia juga boleh menjejas hubungan baik antara orang tua dan anak-anak atau menyebabkan jiwa seorang anak itu merasa dipinggirkan atau tidak cukup baik. Ini akhirnya boleh menjejas rasa yakin diri anak itu dan menghambat perkembangan minda dan emosi beliau.
  • Keadilan menuntut kita untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memberikan setiap perkara haknya. Tanpa keadilan, kezaliman, penindasan dan segala sifat-sifat buruk lain akan muncul. Keadilan menuntut kita untuk melakukan apa yang patut dan tidak semestinya apa yang diinginkan. Keadilan menuntut kita mempunyai keberanian, semangat yang waja untuk meletakkan kebenaran pada tempatnya.
  • Apabila Islam memerintahkan setiap individu mukmin untuk berlaku adil, ia bermaksud, berlaku adil pada segenap aspek kehidupan, seperti keadilan dalam perbuatan, pada percakapan, pada perhubungan dan sebagainya. Keadilan juga bukan hanya terhad kepada sesama manusia tetapi juga terhadap seluruh ciptaan Allah s.w.t. Dan inilah yang bakal dikupas oleh mimbar Jumaat sepanjang bulan ini.
Khutbah Title Menghayati Kepentingan Sifat Keadilan (PDF) [4 Mac 2016]
Khutbah Title Menghayati Kepentingan Sifat Keadilan [4 Mac 2016]
Khutbah Title Menghayati Kepentingan Sifat Keadilan (PDF) Jawi [4 Mac 2016]


26 Februari 2016

Syukur: Menggunakan Nikmat Dengan Bertanggungjawab

  • Selama beberapa minggu ini kita telah diingatkan akan kelebihan sifat syukur dalam memberi kekuatan dan ketabahan. Ia juga memastikan kita ini tidak lupa akan Allah, Sang Pengurnia nikmat. Pada minggu ini, khutbah ingin memperingatkan agar kita tidak mengabaikan nikmat Allah s.w.t. dengan menggunakan nikmat tersebut dengan bertanggungjawab.
  • Seperti yang disebutkan sebelum ini, sifat syukur yang sebenar adalah apabila kita dengan sedar menggunakan nikmat dan kurniaan Allah untuk terus berkhidmat kepadaNya dan mendekatkan diri kepadaNya. Untuk itu, marilah kita merenungkan, berapa banyakkah nikmat yang telah kita gunakan untuk kebaikan dan berapa banyak lagi nikmat yang telah dan masih kita abaikan.
  • Ingatlah saudara, sepertimana hidup ini tidak kekal, begitu juga nikmat Allah s.w.t. Dunia ini penuh dengan kemungkinan yang tidak disangka. Oleh itu, belum terlambat untuk kita bermuhasabah, mengambil langkah dan merubah gaya hidup kita. Ini adalah agar akhirnya, kita memastikan segala nikmat, tidak kira nikmat usia, harta, keluarga, sumber alam, kesihatan dan keamanan negara ini, dapat terus kita manfaatkan untuk kebaikan.
Khutbah Title Syukur: Menggunakan Nikmat Dengan Bertanggungjawab (PDF) [26 Februari 2016]
Khutbah Title Syukur: Menggunakan Nikmat Dengan Bertanggungjawab [26 Februari 2016]
Khutbah Title Syukur: Menggunakan Nikmat Dengan Bertanggungjawab (PDF) Jawi [26 Februari 2016]


19 Februari 2016

Kepentingan Bersyukur Tatkala Diuji

  • Semenjak beberapa minggu ini, kita telah membicarakan tentang kepentingan mensyukuri nikmat. Hanya sahaja apabila disebut nikmat, akan terbayang di mata kita kesenangan, keselesaan dan kegembiraan. Namun kita sedia maklum bahawa hidup ini tidak sepi juga daripada kesedihan, kehampaan dan ujian. Namun tidak kira apa jua keadaanya, seorang Mukmin akan berusaha kekal bersikap positif.
  • Apabila kita ditimpa musibah bersyukurlah kerana itu petanda Allah masih sayangkan kita. Kita sebagai manusia jika terus-menerus mendapatkan kemewahan, keselesaan, kesenangan akan amat mudah hanyut, sehingga melupakan dan tidak merasakan perlu untuk dekat dengan Allah. Untuk itu, ada kalanya Allah memberikan kita ujian. Di mana dalam ujian itu kita akan merasa perlu untuk kembali bersujud, memohon bantuanNya.
  • Jika kita, sebagai contoh, sedang diuji Allah dengan masalah keluarga. Ingatlah saudara, para Anbiya' juga menghadapi cabaran dan masalah dengan keluarga mereka. Oleh itu, ketahuilah saudara, jika kita sedang diuji Allah, itu merupakan suatu nikmat, yang tersembunyi disebaliknya ganjaran yang luar biasa, kerana para Nabi juga diuji Allah s.w.t. Namun itu bukan bermakna bahawa kita berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja masalah mahupun dugaan tanpa diusahakan mencari huraiannya.
Khutbah Title Kepentingan Bersyukur Tatkala Diuji (PDF) [19 Februari 2016]
Khutbah Title Kepentingan Bersyukur Tatkala Diuji [19 Februari 2016]
Khutbah Title Kepentingan Bersyukur Tatkala Diuji (PDF) Jawi [19 Februari 2016]


12 Februari 2016

Kesyukuran Membawa Ketenangan

  • Khutbah minggu ini ingin berkongsi mengenai sifat kesyukuran. Selain daripada memberikan seorang insan dorongan dan inspirasi luar biasa untuk melakukan kebaikan dan kebajikan, sifat syukur juga pada hakikatnya boleh menimbulkan dalam diri kita ini ketenangan dan kedamaian. Dalam kita bersyukur, kita perlu selalu menghitung dan memikirkan nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Bahkan setiap kali kita merasa hampa mahupun putus semangat, ingat semula segala kenikmatan yang telah dan masih Allah kurniakan.
  • Seharusnya, kesyukuran itu bermula dengan kita menyebut-nyebut nikmat tersebut dalam diri sendiri. Dengan harapan agar dapat timbul di dalam diri kita bukan hanya perasaan syukur tetapi juga perasaan “Qana’ah” atau merasakan puasa dan cukup dengan apa yang ada. Terlalu sering, oleh kerana kita tidak merasakan kepuasan akan perkara material dunia yang sudah kita miliki, maka timbul perasaan tidak tenang.
  • Oleh itu, bermula hari ini, renungkan semula segala nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Antara nikmat yang perlu kita hargai selalu adalah keluarga yang masih ada bersama kita. Hargailah pasangan dan anak-anak kita selagi masih ada peluang kita bersama. Pandanglah wajah mereka, perhatikan gelagat mereka, ingatlah bagaimana mereka pernah suatu ketika, atau mungkin masih lagi membawa tawa dan keriangan ke dalam hidup kita. Itulah nikmat Allah yang kita kadang-kala terlepas mensyukurinya.
Khutbah Title Kesyukuran Membawa Ketenangan (PDF) [12 Februari 2016]
Khutbah Title Kesyukuran Membawa Ketenangan [12 Februari 2016]
Khutbah Title Kesyukuran Membawa Ketenangan (PDF) Jawi [12 Februari 2016]


5 Februari 2016

Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

  • Perkataan “Alhamdulillah” selalu kita sebutkan. Ia mengingatkan kita akan konsep kesyukuran dan penghargaan kepada Tuhan yang Maha Pemberi. Hanya sahaja kerana mungkin kerana terlalu sering kita melafazkannya, ada kalanya kita gagal menyadari betapa pentingnya konsep kesyukuran dalam membangun semangat dan potensi dalam diri kita.
  • Nilai inilah saudara, yang telah memberikan Rasulullah s.a.w. dorongan dan semangat untuk melaksanakan solat malam sehingga kakinya bengkak. Nilai inilah yang telah membangkitkan dalam diri Nabi Muhammad s.a.w. kekuatan azam untuk melakukan munajat yang luar biasa. Walaupun Nabi s.a.w. telah dijanjikan Allah syurga dan segala keistimewaan di akhirat. Inilah maqam orang-orang yang istimewa di sisi Allah. Ternyata ibadah mereka bukanlah kerana terpaksa melakukannya. Bukan juga semata-mata kerana menginginkan tempat yang istimewa. Kerana jika itu tujuannya maka mereka akan berhenti jika telah diberikan jaminan. Akan tetapi mereka beribadah kerana didorong perasaan amat bersyukur atas segala nikmat Allah s.w.t.
  • Sikap sedemikian yang perlu kita bangunkan. Kita bukan melakukannya hanya semata-mata memenuhi kewajipan. Akan tetapi sujud kita adalah kerana rasa syukur dan terima kasih kita kepada Allah atas nikmat kesihatan, nikmat masih mempunyai keluarga, nikmat masih lagi beriman kepada Allah, nikmat masih lagi dikurniakan Allah sesuap rezki. Inilah serba sedikit pengenalan kepada nilai kesyukuran yang dikembangkan sepanjang bulan ini. semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang bersyukur keranaNya dan untukNya.
Khutbah Title Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar (PDF) [5 Februari 2016 ]
Khutbah Title Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar [5 Februari 2016 ]
Khutbah Title Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar (PDF) Jawi [5 Februari 2016]


29 Januari 2016

Nilai-Nilai Mulia Sebagai Benteng Diri

  • Sepanjang bulan ini, kita telah dibentangkan tentang nilai kemaafan. Marilah kita benar-benar menghayati nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kita harus menjadikan nilai-nilai ini dasar dan asas kehidupan keagamaan kita, dengan harapan agar kita dapat memupuk jiwa yang dapat mengawal dan menundukkan hawa nafsu dan emosi; jiwa yang cinta kepada kesejahteraan serta menghargai keamanan hubungan sesama manusia.
  • Apabila kemaafan dan keihsanan hilang, sifat kekerasan yang akan bermaharajalela. Apabila kekerasan mula berakar di dalam jiwa, maka diri kita juga akan lebih cenderung kepada kebencian. Dan apabila kebencian pula tertanam di dalam sanubari, maka kita akan lebih suka mengasingkan diri dan menolak kepelbagaian. Bila ini berlaku, mudah sahaja ideologi-ideologi keganasan menyerap masuk.
  • Jika hari ini, banyak peristiwa yang telah merubah tanggapan manusia terhadap agama kita, maka tanggungjawab kita semakin besar untuk memurnikan imej agama. Tanggungjawab kita semakin berat untuk memastikan tidak ada anasir-anasir jahat yang dapat menghancurkan masyarakat. Peranan kita yang amat penting sekali kini adalah untuk terus menjadi pemelihara keamanan dan kemakmuran.
Khutbah Title Nilai-Nilai Mulia Sebagai Benteng Diri (PDF) [29 Januari 2016]
Khutbah Title Nilai-Nilai Mulia Sebagai Benteng Diri [29 Januari 2016]
Khutbah Title Nilai-Nilai Mulia Sebagai Benteng Diri (PDF) Jawi [29 Januari 2016]


22 Januari 2016

Nilai Kemaafan dan Syariat Islam

  • Kita masih lagi membincangkan nilai kemaafan. Seperti yang telah dibincangkan pada khutbah-khutbah yang lalu, sikap maaf berkait rapat dengan nilai keihsanan. Keihsanan pula mendatangkan kecemerlangan. Perjalanan kita sebagai seorang Muslim adalah untuk cuba sedaya upaya menjadi insan yang cemerlang. Insan yang menghidupkan nilai-nilai mulia pada dirinya. Adakah kita telah berjaya menghayati nilai kemaafan di dalam kehidupan?
  • Kemaafan juga adalah pendekatan yang dianjurkan Islam di dalam menangani isu-isu masyarakat. Maka Islam sangat jauh sekali dari sebarang bentuk kekerasan. Ingatlah saudara, kekerasan luaran, yang sering lahir dalam bentuk kekasaran budi pekerti dan tindakan, apatah lagi keganasan dan penumpahan darah, adalah pancaran dari kekerasan dalaman.
  • Inilah di antara cabaran yang kita sedang lalui sebagai masyarakat Islam. Marilah kita kembali kepada nilai-nilai yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Khutbah Title Nilai Kemaafan dan Syariat Islam (PDF) [22 Januari 2016]
Khutbah Title Nilai Kemaafan dan Syariat Islam [22 Januari 2016]
Khutbah Title Nilai Kemaafan dan Syariat Islam (PDF) Jawi [22 Januari 2016]


15 Januari 2016

Mencari Keampunan Allah s.w.t.

  • Khutbah minggu ini akan membincangkan mengenai nilai kemaafan. Seperti yang kita dengar pada minggu lalu, kemaafan adalah satu sifat rabbani. Ia datang langsung dari Allah s.w.t. sendiri. Namun, tidak semua manusia mencari kemaafan Tuhan, atau merasakan perlu mendapat keampunan.
  • Bagi mereka yang sedar erti kelemahan diri, maka kemaafan dan keampunan Tuhan menjadi satu matlamat yang lebih berharga dari segala isi kandungan dunia. Pengampunan Allah s.w.t. merupakan pilihan pertama bagi hambaNya dan Dia sentiasa memberi peluang, dan membuka pintu pengampunan seluas-luasnya.
  • Kita perlu menghayati perkara ini dengan baik. Ia adalah prinsip dan dasar agama kita. Kemaafan dan keampunan datang jauh terlebih dahulu. Namun, seringkali kita mendengar dan melihat jalan yang tersimpang dari kemaafan sebagai satu-satunya gambaran hukum dan ajaran Islam. Seolah-olah kekerasan, kehancuran, dendam dan balasan azab sahajalah yang dikenali Islam.
Khutbah Title Mencari Keampunan Allah s.w.t. (PDF) [15 Januari 2016]
Khutbah Title Mencari Keampunan Allah s.w.t. [15 Januari 2016]
Khutbah Title Mencari Keampunan Allah s.w.t. (PDF) Jawi [15 Januari 2016]


8 Januari 2016

Nilai Kemaafan Dari Kacamata Islam

  • Kesilapan membuktikan bahawa kita merupakan insan yang jauh dari bersifat sempurna. Namun demikian, adakah Allah s.w.t. inginkan agar kita terus berada dalam keadaan sedemikian. Sebaliknya, Allah s.w.t. ingin agar kekosongan pada diri manusia dipenuhi, dan kekurangan yang ada padanya kerana kesilapannya digantikan dengan kebaikan. Begitu juga, rasa benci dan permusuhan yang timbul dari kesilapan dan kesalahan dihilangkan dengan selama-lamanya.
  • Jalan keluar dari kekurangan yang ada pada diri manusia adalah nilai kemaafan dan pengampunan. Ia merupakan satu ciri yang sangat mulia. Sifat ini berasal dari Allah s.w.t. dan diajarkan dan dicontohkan olehNya di dalam Al-Quran. Dialah Tuhan yang paling bersifat murah hati untuk memberi kemaafan kepada ciptaan-Nya. Bagi umat Islam, kemaafan bukan merupakan satu nilai yang asing. Kita juga sering meminta maaf, terutama pada musimnya. Namun, ia merupakan nilai yang sangat penting dalam kehidupan.
  • Apabila kita memilih jalan kemaafan, kita sebenarnya telah berjaya mengawal, bahkan mengatasi emosi. Kita telah berjaya, seperti mana kita melaksanakan amal ibadah yang melatih kita untuk mengawal nafsu dan keinginan. Kemaafan tidak bererti kelemahan. Malah, memberi kemaafan mencerminkan kekuatan. Kerana apabila anda memaafkan, anda berjaya untuk mengawal perasaan dan hasrat insan yang paling sukar untuk diatasi.
Khutbah Title Nilai Kemaafan Dari Kacamata Islam (PDF) [8 Januari 2016]
Khutbah Title Nilai Kemaafan Dari Kacamata Islam [8 Januari 2016]
Khutbah Title Nilai Kemaafan Dari Kacamata Islam (PDF) Jawi [8 Januari 2016]


1 Januari 2016

Nilai-Nilai Murni Dari Kehidupan Rasulullah s.a.w.

  • Kita masih lagi berada pada bulan suci Rabiulawal, bulan yang diserikan dengan kelahiran penghulu Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. Wajarlah kita terus melahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. yang menjadikan kita umat semulia-mulia Nabi dan Rasul. Hamba dan umat yang benar-benar bersyukur akan merenung semula dan menghayati tujuan diutus Nabi Muhammad s.a.w.
  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah cahaya yang menyinari jalan keselamatan dan membawa kebahagian dalam segenap aspek kehidupan. Bahkan seluruh kehidupan Baginda s.a.w. adalah contoh bagi jalan tersebut.
  • Oleh itu, peranan kita adalah untuk benar-benar menghayati dan merenungkan nilai yang dibawa dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., dan bagaimana seharusnya nilai-nilai tersebut diterjemahkan di dalam kehidupan masakini.
  • InshaAllah, pada tahun 2016 yang baru mengunjung tiba, mimbar akan mengutarakan nilai-nilai yang diajarkan Islam dan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..
Khutbah Title Nilai-Nilai Murni Dari Kehidupan Rasulullah s.a.w. (PDF) [1 Januari 2016]
Khutbah Title Nilai-Nilai Murni Dari Kehidupan Rasulullah s.a.w. [1 Januari 2016]
Khutbah Title Nilai-Nilai Murni Dari Kehidupan Rasulullah s.a.w. (PDF) Jawi [1 Januari 2016]


25 Disember 2015

Menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran

  • Sebagai manusia yang alpa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun saya pasti, biarpun dosa kita menggunung tinggi, setiap daripada kita di sini juga memiliki hasrat untuk menjadi Mukmin yang terbaik.
  • Namun saudaraku, bilakah kita boleh digelar sebagai seorang muslim terbaik? Atau dengan lain perkataan siapakah itu Muslim yang terbaik?
  • Pastinya dia adalah seorang yang tidak meninggalkan kewajipan ibadahnya, dan yang menjaga baik hubungannya dengan Penciptanya. Di waktu yang sama umat Islam bukan sahaja disuruh beribadah, tidak juga cukup dengan hanya memiliki akhlak yang baik, tetapi kita juga disuruh untuk memberi dan menyebarkan kebaikan yang bermanfaat bagi mereka yang berada di sekeliling kita.
Khutbah Title Menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran (PDF) [25 Disember 2015]
Khutbah Title Menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran [25 Disember 2015]
Khutbah Title Menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran (PDF) Jawi [25 Disember 2015]


18 Disember 2015

Mengenang Nabi s.a.w. – Menghayati Erti Kasih Sayang dan Rahmah Sidang

  • Sesungguhnya kita amat bersyukur kerana Allah s.w.t. menjadikan kita di antara umat NabiNya yang tercinta. Nabi yang sentiasa memikirkan keadaan serta kebajikan pengikutnya serta mendoakan kesejahteraan mereka. Kasih sayang yang dipaparkan Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja merupakan kasih sayang zahiriyah semata-mata. Bahkan ia adalah kasih sayang yang mengalir ke dalam jiwa, dan tidak terbatas dengan ukuran materi dan kebendaan.
  • Seandainya cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar dan ikhlas, maka ia akan terpancar melalui perbuatan dan peribadi kita. Lihat sahaja kehidupan para sahabat r.a., mereka telah mengorbankan jiwa, raga bahkan harta untuk Allah dan RasulNya. Namun ini tidak samasekali menimbulkan rasa sombong dan bangga diri. Sebaliknya, mereka sentiasa merendahkan diri dan berusaha untuk terus menambahkan amalan dan mengharap ganjaran Tuhan sahaja.
  • Oleh itu janganlah kita menjadi orang yang mengaku cintakan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi tidak menjaga hubungan sesama insan. Janganlah kita mengaku menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. tetapi senang menyakiti orang lain dengan perkataan mahupun tindak-tanduk. Pastikanlah saudara, seandainya benar kasih kita kepada Rasulullah s.a.w., setiap manusia, bahkan makhluk Allah di sekeliling kita akan merasakan kesantunan, layanan mulia, dan mendapat manfaat daripada kewujudan kita bersama mereka.
Khutbah Title Mengenang Nabi s.a.w. – Menghayati Erti Kasih Sayang dan Rahmah Sidang (PDF) [18 Disember 2015]
Khutbah Title Mengenang Nabi s.a.w. – Menghayati Erti Kasih Sayang dan Rahmah Sidang [18 Disember 2015]
Khutbah Title Mengenang Nabi s.a.w. – Menghayati Erti Kasih Sayang dan Rahmah Sidang (PDF) Jawi [18 Disember 2015]


11 Disember 2015

Menghayati Akhlak Nabi Muhammad: Hak Sesama Muslim

  • Khutbah kali ini menyentuh perihal hubungan sesama kita yang perlu dipelihara dengan sesempurna mungkin, kerana iman menjadi sempurna apabila kita menunaikan hak Allah s.w.t. di samping memelihara hak sesama insan.
  • Kepentingan adab dan etika ini menjadi lebih kritikal lagi pada zaman yang pesat perkembangan dan kemajuan teknologi perhubungan. Kita semakin mudah berhubungan. Namun sebagai Muslim, apa jua platfom yang digunapakai, kita perlu sentiasa memastikan hak-hak saudara kita dilaksana dengan sebaik mungkin.
  • Nabi Muhammad s.a.w. mengajarkan kita bahawa kita perlu sentiasa menginginkan kebaikan bagi saudara kita. Dan sifat ini tidak mungkin akan timbul, melainikan perasaan cinta bagi saudaranya itu mekar di dalam hati. Sebagaimana kita mencintai setiap individu daripada ahli keluarga mahupun adik beradik, seharusnya cinta kita sesama muslimin juga sedemikian rupa.
Khutbah Title Menghayati Akhlak Nabi Muhammad: Hak Sesama Muslim (PDF) [11 Disember 2015]
Khutbah Title Menghayati Akhlak Nabi Muhammad: Hak Sesama Muslim [11 Disember 2015]
Khutbah Title Menghayati Akhlak Nabi Muhammad: Hak Sesama Muslim (PDF) Jawi [11 Disember 2015]


4 Disember 2015

Menghayati Akhlak Nabi: Hubungan Dengan Allah

  • Khutbah pada bulan ini akan berkongsi mengenai contoh tauladan Baginda s.a.w kepada umatnya. Di antara contoh kelebihan dan kemuliaan akhlak Saidina Rasul adalah adabnya dengan Tuhannya. Terlalu sering kita mendengar adab sesama manusia, namun keunggulan dan kehebatan nilai serta ajaran Rasulullah s.a.w. bermula dengan adabnya yang tinggi dengan Tuhan Sang Penciptanya sendiri.
  • Rasulullah s.a.w merupakan insan yang paling berhati-hati agar tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Baginda juga tidak melupakan Tuhannya tatkala telah dikurniakan kemuliaan. Baginda bahkan menambah ibadahnya sebagai tanda syukur dan terima kasihnya kepada TuhanNya atas kemuliaan yang diterima.
  • Begitu juga hendaknya kita ini saudara. Semakin Allah mencurahkan nikmat kepada kita semakin giatlah ibadah kita kepadanya. Semakin tinggi rasa syukur dan penghargaan kita untuk Allah. Ini adalah merupakan adab Nabi s.a.w. kepada Allah s.w.t. Namun berapa seringkah kita ini meluangkan masa bermuhasabah menghitung dan mengingatkan diri kita betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita?
Khutbah Title Menghayati Akhlak Nabi: Hubungan Dengan Allah (PDF) [4 Disember 2015]
Khutbah Title Menghayati Akhlak Nabi: Hubungan Dengan Allah [4 Disember 2015]
Khutbah Title Menghayati Akhlak Nabi: Hubungan Dengan Allah (PDF) Jawi [4 Disember 2015]


27 November 2015

Memanfaatkan Masa Lapang - Membentuk Peribadi Anak-anak

  • Tarbiyah atau pengasuhan terhadap anak-anak kita untuk mengenali Allah dan Islam serta pembentukan akhlak mulia, harus kita berikan perhatian yang sepenuhnya. Sebagai ibu bapa mendidik anak-anak untuk berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga yang kekal abadi. Nabi Muhammad s.a.w. memulakan tarbiyah kepada anaknya sejak kecil lagi. Apabila seorang anak itu sudah mengenali tuhan serta mampu membezakan antara yang baik dan buruk, maka lebih mudahlah baginya berjaya di dunia dan akhirat.
  • Ambillah peluang musim cuti sekolah ini untuk memanfaatkan masa lapang bersama anak-anak. Dekatkanlah diri kita bersama mereka dengan mengadakan aktiviti keluarga. Wujudkan perbincangan yang bermanfaat dengan mereka. Kenalilah mereka dengan lebih mendalam lagi. Dengarkanlah luahan-luahan isi hati mereka. Ambil tahu perkembangan mereka serta perkembangan dunia kehidupan mereka yang semakin pesat berkembang.
Khutbah Title Memanfaatkan Masa Lapang - Membentuk Peribadi Anak-anak (PDF) [27 November 2015 ]
Khutbah Title Memanfaatkan Masa Lapang - Membentuk Peribadi Anak-anak [27 November 2015 ]
Khutbah Title Memanfaatkan Masa Lapang - Membentuk Peribadi Anak-anak (PDF) Jawi [27 November 2015 ]


20 November 2015

Potensi Setiap Individu Untuk Menyumbang

  • Pada minggu ini, khutbah ingin membawa perhatian para jemaah sekalian akan suatu lagi golongan dalam masyarakat kita, yang perlu diberikan perhatian. Mereka adalah golongan yang mempunyai keperluan istimewa. Meskipun nampak pada mata kasar kita terdapat kekurangan dari segi jasmani dan fizikal, tetapi mereka memiliki potensi untuk menyumbang kepada agama dan masyarakat.
  • Jangan sekali-kali kita bertanggapan bahawa diri kita ini lebih baik dari mereka yang sedang diuji Tuhan dengan kekurangan. Sebagai seorang yang mukmin, kita perlu mencontohi pekerti Baginda Muhammad s.a.w. yang memberi peluang kepada setiap individu untuk menyumbang kepada masyarakat. Tanpa melihat kepada kekurangan yang dimilikinya.
  • Sebagai masyarakat Islam, kita perlu terus cekalkan semangat untuk menjiwai dan menzahirkan nilai-nilai kebaikan yang diajarkan Islam dan memastikan bahawa setiap anggota masyarakat kita mendapatkan pendidikan agama yang menyeluruh dan sesuai dengan kehidupan dunia hari ini. Ia juga bertujuan untuk memastikan bahawa masyarakat kita kekal berdaya tahan.
Khutbah Title Potensi Setiap Individu Untuk Menyumbang (PDF) [20 November 2015 ]
Khutbah Title Potensi Setiap Individu Untuk Menyumbang [20 November 2015 ]
Khutbah Title Potensi Setiap Individu Untuk Menyumbang (PDF) Jawi [20 November 2015 ]


13 November 2015

Bersangka Baik Kepada Setiap Insan

  • Khutbah minggu ini, ingin membawa perhatian kita akan kepentingan untuk tidak mengabaikan sokongan dan pendidikan agama buat satu lagi golongan di kalangan kita. Mereka yang di maksudkan ialah individu yang pernah membuat kesilapan atau pernah melakukan jenayah tetapi kemudian ingin kembali ke pangkal jalan memperbaiki diri dan kehidupan. Di sini khutbah ingin mengajak kita untuk meninjau kehalusan akhlak Nabi s.a.w. di dalam mendokong pembangunan orang yang pernah melakukan kesilapan.
  • Kita ini semua adalah manusia yang banyak melakukan kesilapan, noda dan dosa. Kita semestinya pernah dilalaikan oleh syaitan sehingga melanggar perintah Allah. Namun, meskipun dosa kita ini menggunung tinggi, kita beruntung bahawa rahmah dan kasih sayang Allah s.w.t. mengatasi kemarahan dan kemurkaanNya.
  • Maka kepada sesiapa yang merasakan bahawa dirinya berdosa yang amat banyak kepada Allah, janganlah berputus harapan. Mohonlah pengampunan dan kekuatan daripada Allah dan berusahalah meninggalkan dosa-dosa itu. Dan ketahuilah, begitu banyak peluang untuk kita meraih keampunan tuhan, terlalu banyak ruang dan peluang Allah kurniakan untuk mengejar rahmat dan pengampunanNya.
Khutbah Title Bersangka Baik Kepada Setiap Insan (PDF) [13 November 2015 ]
Khutbah Title Bersangka Baik Kepada Setiap Insan [13 November 2015 ]
Khutbah Title Bersangka Baik Kepada Setiap Insan (PDF) (Jawi) [13 November 2015 ]


6 November 2015

Membina Iman Dan Keyakinan Melalui Ilmu

  • Pada minggu ini, khutbah membincangkan kepentingan ilmu dalam memantapkan iman. Ilmu juga memberi kepada seorang insan kemampuan untuk membuat penilaian, apabila berhadapan dengan maklumat agama, samada melalui buku penulisan ataupun wadah internet. Individu yang berilmu mampu mengenalpasti yang hak dari yang batil, yang benar dari yang diragui.
  • Sepertimana Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh dengan penuh kesabaran membekalkan generasi mudanya dengan ilmu dan bimbingan agama agar terus menjadi orang yang terus teguh keimanannya, serta indah akhlaknya, begitu juga hendaknya kita saudara.
  • Setiap individu muslim seharusnya faham akan agamanya sendiri. Kita seharusnya tidak hanya mengikut-ikut orang ramai dalam menetapkan amalan agama.
Khutbah Title Membina Iman Dan Keyakinan Melalui Ilmu (PDF) [6 November 2015 ]
Khutbah Title Membina Iman Dan Keyakinan Melalui Ilmu [6 November 2015 ]
Khutbah Title Membina Iman Dan Keyakinan Melalui Ilmu (PDF) (Jawi) [6 November 2015 ]


30 Oktober 2015

Memupuk Rasa Cinta Kepada Nabi_Pengajaran Disebalik Kisah Sawad Ibn Ghaziyah

  • Sepanjang bulan ini kita telah menghayati kehidupan beberapa para sahabat serta berusaha untuk mengambil teladan dan iktibar dari kisah kehidupan mereka. Hari ini, kita menghayati satu lagi kisah sahabat Nabi s.a.w. Beliau adalah Sawad ibn Ghaziyah Al-Ansari.
  • Kisah beliau ini menggambarkan bagaimana sayangnya para Sahabat Nabi s.a.w. kepada Baginda. Keterikatan mereka kepada Baginda Nabi s.a.w. merupakan ikatan kerohanian yang kukuh. Cinta mereka kepada Baginda lah yang telah menjadikan mereka orang-orang yang cekal menghadapi sebarang rintangan dalam perjalanan kehidupan mereka. Kasih mereka kepada utusan Allah inilah yang selalu memberi mereka semangat agar dekat kepada Allah s.w.t.
  • Setentunya cinta Saidina Sawad ibn Ghaziyah kepada Rasulullah s.a.w. merupakan cinta yang benar dan lahir dari iman dan takwanya kepada Allah. Cinta yang sedemikian, kurniaan Allah s.w.t. Dan tidak mustahil Allah s.w.t. mengurniakan kepada kita rasa cinta yang sedemikian kepada Rasulullah s.a.w. Ia memerlukan kepada usaha, ia memerlukan kepada pengorbanan.
Khutbah Title Memupuk Rasa Cinta Kepada Nabi_Pengajaran Disebalik Kisah Sawad Ibn Ghaziyah (PDF) [30 Oktober 2015]
Khutbah Title Memupuk Rasa Cinta Kepada Nabi_Pengajaran Disebalik Kisah Sawad Ibn Ghaziyah [30 Oktober 2015]
Khutbah Title Memupuk Rasa Cinta Kepada Nabi_Pengajaran Disebalik Kisah Sawad Ibn Ghaziyah (PDF) (Jawi) [30 Oktober 2015]


23 Oktober 2015

Kepentingan Ilmu: Pengajaran Disebalik Sumbangan Saidatina Aisyah r.a.

  • Sesungguhnya Islam telah meletakkan ilmu pada kedudukan tertinggi. Seruan Allah menerusi ayat-ayat suci Al-Quran yang menuntut umat Islam untuk membaca dan menuntut ilmu, sudah cukup menggambarkan pentingnya umat Islam supaya berfikir dan menuntut ilmu.
  • Akan tetapi saudaraku, kepentingan menuntut ilmu ini bukan hanya diwajibkan bagi golongan lelaki tanpa wanita, bahkan Islam menitikberatkan pendidikan wanita, kerana seorang ibu itu merupakan sumber ilmu yang pertama bagi keturunan dan zuriatnya.
  • Sayyidatina Aisyah Radhiallahu ‘Anha adalah contoh utama buat wanita yang berilmu dan berjasa dalam masyarakat. Selain daripada kebijaksanaan kurniaan Allah s.w.t., kita dapat mengambil iktibar bagaimana ayahnya Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan suaminya, iaitu Saidina Nabi Muhammad s.a.w. memainkan peranan penting dalam membina keperibadian mukmin dan keilmuan di dalam dirinya.
Khutbah Title Kepentingan Ilmu: Pengajaran Disebalik Sumbangan Saidatina Aisyah r.a. (PDF) [23 Oktober 2015]
Khutbah Title Kepentingan Ilmu: Pengajaran Disebalik Sumbangan Saidatina Aisyah r.a. [23 Oktober 2015]
Khutbah Title Kepentingan Ilmu: Pengajaran Disebalik Sumbangan Saidatina Aisyah r.a. (PDF) (Jawi) [23 Oktober 2015]


16 Oktober 2015

Pengajaran Disebalik Hijrah Salman Al-Farisi r.a.

  • Kita kini sudahpun berada di dalam tahun baru 1437 Hijriyyah. Di dalam musim perayaan seperti ini, kita sering diingatkan tentang peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Namun demikian, ada juga kisah-kisah hijrah para sahabat Rasulullah yang bukan dari kalangan Muhajirin mahupun Ansar yang juga kaya dengan pengajaran dan tauladan berharga buat kita.
  • Salah seorang dari mereka ialah Salman Al-Farisi r.a. yang dilahirkan di negara Parsi. Beliau sering dipuji Nabi, dan disanjungi sekelian sahabat Nabi. Bukan kerana keturunannya. Harta kekayaan juga tidak beliau miliki. Beliau hanya seorang pendatang, yang tiba di Madinah sebagai seorang hamba abdi.
  • Tetapi ternyata, kemuliaan diri seorang insan yang sebenarnya adalah dengan kemuliaan yang dianugerahkan Allah, hasil daripada ketakwaan hati dan kemurnian bakti si hamba itu sendiri. Inilah yang perlu diusahakan oleh umat Islam pada hari ini, iaitu bersama membulatkan hati untuk menjadi anggota masyarakat yang membuat sumbangan.
Khutbah Title Pengajaran Disebalik Hijrah Salman Al-Farisi r.a. (PDF) [16 Oktober 2015]
Khutbah Title Pengajaran Disebalik Hijrah Salman Al-Farisi r.a. [16 Oktober 2015]
Khutbah Title Pengajaran Disebalik Hijrah Salman Al-Farisi r.a. (PDF) (Jawi) [16 Oktober 2015]
 

9 Oktober 2015

Menunaikan Janji Setelah Selesai Ibadah Haji

  • Tanah suci Makkah adalah bahagian bumi Allah yang paling dicintai Rasulullah s.a.w., walaupun sedemikian setelah pembukaan kota Makkah Baginda membuat keputusan untuk pulang ke Madinah.
  • Demikianlah, saudara, komitmen yang ditunjukkan Baginda Rasulullah saw terhadap sahabat-sahabatnya dari golongan Ansar, yang telah berjanji sumpah setia untuk membela dan mempertahankan Baginda, ketika mereka menjemput Baginda untuk berpindah ke Madinah. Orang-orang Ansar yang telah turut mempertaruhkan harta dan nyawa mereka untuk Baginda.
  • Terdapat beberapa pengajaran yang mulia disebalik kejadian ini yang boleh kita jadikan teladan bagi kehidupan kita.
Khutbah Title Menunaikan Janji Setelah Selesai Ibadah Haji (PDF) [9 Oktober 2015]
Khutbah Title Menunaikan Janji Setelah Selesai Ibadah Haji [9 Oktober 2015]
Khutbah Title Menunaikan Janji Setelah Selesai Ibadah Haji (PDF) (Jawi) [9 Oktober 2015]
 
2 Oktober 2015

Kisah Nabi Musa a.s. Dalam Menuntut Ilmu: Pengajaran Dari Surah Al-Kahfi

  • Sebagai lanjutan bagi penghayatan kita terhadap surah Al-Kahfi, marilah kita hayati kisah yang berlaku antara Nabi Musa a.s. dengan seorang hamba Allah yang diberikan ilmu dan hikmah. Ada pendapat ulama Tafsir yang menyatakan hamba tersebut ialah Nabi Khidir a.s. Kisah tersebut terakam dalam surah Al-Kahfi ayat 60 hingga 83.
  • Terlalu banyak pengajaran dan hikmah yang boleh diraih dari kisah ini. Lebih khusus lagi pengajaran dan hikmah berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Dari ayat ini kita dapat merumuskan bahawa segala ilmu itu milik Allah semata. Dan sesungguhnya Allah berhak untuk memberikan ilmu-Nya kepada sesiapa yang Dia suka.
  • Dengan itu, usahlah kita merasa diri kita ini mengetahui segalanya. Beringatlah selalu bahawa ilmu Allah itu luas. Pasti ada yang kita terlepas dan tidak ketahui. Dan ilmu yang kita tidak ketahui itu pula mungkin dimiliki oleh seorang anak kecil, orang muda mahupun mungkin seorang pelajar.
Khutbah Title Kisah Nabi Musa a.s. Dalam Menuntut Ilmu: Pengajaran Dari Surah Al-Kahfi (PDF) [2 Oktober 2015]
Khutbah Title Kisah Nabi Musa a.s. Dalam Menuntut Ilmu: Pengajaran Dari Surah Al-Kahfi [2 Oktober 2015]
Khutbah Title Kisah Nabi Musa a.s. Dalam Menuntut Ilmu: Pengajaran Dari Surah Al-Kahfi (PDF) (Jawi) [2 Oktober 2015]


25 September 2015

Kehidupan Dunia Dan kepentingan Bersyukur

  • Dalam sebuah negara kosmopolitan seperti negara kita, kejayaan sering diukur dengan kekayaan atau status dalam masyarakat. Penghormatan kadangkala diberikan kepada mereka yang berada dan berkedudukan tinggi, kerana itu ramai yang ingin memiliki harta yang banyak dan hidup mewah.
  • Agama kita tidak melarang umatnya menjadi kaya dan berusaha untuk mencapai kesenangan duniawi, kerana ia lebih baik dari menadah tangan meminta-minta. Namun dalam kesibukan kita mencari kejayaan duniawi, matlamatnya mestilah jelas bahawa kekayaan yang ingin dicapai bukan hanya untuk kepentingan peribadi, atau menyangka bahawa kekayaan itu adalah segala-galanya.
  • Sebaliknya kekayaan dan kejayaan yang Allah kurniakan seharusnya menjadikan diri kita semakin dekat kepada Allah. Kita perlu selalu beringat bahawa pada hakikatnya apa jua yang diperolehi adalah dengan izin dan pertolonganNya.
Khutbah Title Kehidupan Dunia Dan kepentingan Bersyukur (PDF) [25 September 2015]
Khutbah Title Kehidupan Dunia Dan kepentingan Bersyukur [25 September 2015]
Khutbah Title Kehidupan Dunia Dan kepentingan Bersyukur (PDF) (Jawi) [25 September 2015]


Eiduladha sermon – 24 September 2015 / 10 Zulhijjah 1436

Menghayati Erti Pengorbanan

  • Bulan Zulhijjah akan selalu mengingatkan kita pada ibadah agung haji. Ia merupakan puncak perhimpunan jiwa-jiwa yang beriman di Baitullah dan Kaabah yang suci.
  • Ibadah agung haji dipenuhi dengan pelbagai amalan agama yang perlu dituruti, dari menunaikan haji dan bertawaf di Baitullah, kepada perhimpunan insan-insan di padang Arafah. Jika kita amati, amalan yang ditentukan bagi ibadah haji bukan hanya setakat perbuatan yang kosong tanpa pengertian. Ibadah Haji merupakan perjalanan yang mengajar kita erti kerendahan hati dan diri di hadapan Allah s.w.t. Ia juga merupakan perjalanan kerohanian bagi insan untuk membina hubungannya dengan tuhan, di waktu yang sama menimbulkan kesedaran akan aspek menjaga hubungan dengan insan yang lain.
  • Ia juga mengingatkan kita bahawa keimanan seharusnya mencambahkan akhlak yang indah, ibadah seharusnya melahirkan hati yang bening dan bersih serta perilaku yang mulia. Jika kita berusaha beribadah namun pada masa yang sama akhlak kita masih lagi tidak berubah menjadi lebih baik, maka bermuhasabahlah.
Khutbah Title Menghayati Erti Pengorbanan (PDF) [24 September 2015]
Khutbah Title Menghayati Erti Pengorbanan [24 September 2015]
Khutbah Title Menghayati Erti Pengorbanan (PDF) (Jawi) [24 September 2015]


18 September 2015

Kelebihan Bulan Zulhijjah

  • Dalam usaha kita memelihara dan memperkukuh keimanan, kita tidak boleh melepaskan diri kita daripada proses yang amat penting iaitu ibadah yang disertai penghayatan.
  • Kini kita berada pada musim di mana jutaan jemaah haji telah pun memulakan perjalanan kerohanian mereka yang diisi dengan keikhlasan dan pengharapan agar ibadah hajinya diterima.
  • Bagi kita yang berada di negara sendiri, pelbagai keistimewaan yang disediakan oleh Allah pada awal sepuluh hari bulan Zulhijjah ini, maka apa jua peluang yang diberi Allah untuk kita raih curahan rahmahNya, rebutlah peluang tersebut.
Khutbah Title Kelebihan Bulan Zulhijjah (PDF) [18 September 2015]
Khutbah Title Kelebihan Bulan Zulhijjah [18 September 2015]
Khutbah Title Kelebihan Bulan Zulhijjah (PDF) (Jawi) [18 September 2015]


11 September 2015

Pengajaran Daripada Surah Al-Kahfi

  • Di antara kisah yang terdapat dalam surah Al-Kahfi ialah cerita mengenai beberapa pemuda penghuni gua yang menekankan pentingnya keimanan. Ianya menjadi teladan untuk kita dalam usaha mengukuhkan keimanan pada sesuatu keadaan yang getir.
  • Mereka berusaha mengekalkan keunggulan iman, kejernihan akal dan ketangkasan bertindak. Mereka berusaha membina daya tahan daripada budaya dan anasir yang samasekali menghalang mereka dari melahirkan keimanan kepada Tuhan yang Maha Esa.
  • Berdasarkan kisah tersebut, kita digambarkan tentang betapa pentingnya golongan muda di dalam Islam - golongan yang membina iman di atas pemahaman yang tepat lagi berasas, dan golongan yang berdaya tahan dalam membawa perubahan dan mencorak masa depan masyarakat Islam sejalan dengan petunjuk Ilahi.
Khutbah Title Pengajaran Daripada Surah Al-Kahfi (PDF) [11 September 2015]
Khutbah Title Pengajaran Daripada Surah Al-Kahfi [11 September 2015]
Khutbah Title Pengajaran Daripada Surah Al-Kahfi (PDF) (Jawi) [11 September 2015]


4 September 2015

Al-Quran Sebagai Petunjuk: Pengajaran Disebalik Surah Al-Kahfi

  • Al-Quran merupakan rahmat Allah bagi semesta alam, melaluinya Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan amaran yang jelas.
  • Dan setiap kali hari Jumaat datang bertandang kita teringat akan galakan Nabi s.a.w. agar kita melazimi sunnah membaca surah Al-Kahfi. Pada masa yang sama juga pastikanlah kita menghayati pengertian dan pelbagai kisah yang terdapat di dalamnya. Mudah-mudahan kita tidak termasuk orang-orang yang digambarkan oleh Nabi s.a.w. sebagai orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak melebihi tenggorokkannya atau tidak sampai menyentuh sanubarinya.
Khutbah Title Al-Quran Sebagai Petunjuk: Pengajaran Disebalik Surah Al-Kahfi (PDF) [4 September 2015]
Khutbah Title Al-Quran Sebagai Petunjuk: Pengajaran Disebalik Surah Al-Kahfi [4 September 2015]
Khutbah Title Al-Quran Sebagai Petunjuk: Pengajaran Disebalik Surah Al-Kahfi (PDF) (Jawi) [4 September 2015]


28 August 2015

Menerapkan Nilai-Nilai Ketakwaan Dalam Kehidupan’

  • Konsep kenegaraan dalam Islam tidak diukur keislamannya hanya dengan menggunakan nama “khilafah” atau gelaran “daulah Islamiah” semata-mata. Apatah lagi jika di dalam sistem itu meluas kezaliman, penindasan, rasuah, kemunduran, ketidakcekapan dan sebagainya.
  • Sebaliknya, yang menjadi kayu ukurnya ialah prinsip-prinsip serta nilai-nilai sejagat sepertimana yang digariskan di dalam Al-Quran dan sunnah, seperti keadilan, kesaksamaan, musyawarah antara yang memerintah dan rakyat), budaya menghidupkan amal soleh, kecekapan pentadbiran, semangat ilmu pengetahuan dan yang seumpamanya.
  • Oleh itu, keutamaan bagi setiap Mukmin ialah untuk memurnikan Islam di dalam kehidupan. Suburkan Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat kita, saudara. Islam mengajar kita untuk membangunkan takwa sepanjang masa. Takwa yang membuat kita mampu melaksanakan kebaikan dan menyebarkan nilai-nilai mulia di mana sahaja kita berada.
Khutbah Title Menerapkan Nilai-Nilai Ketakwaan Dalam Kehidupan’ (PDF) [28 August 2015]
Khutbah Title Menerapkan Nilai-Nilai Ketakwaan Dalam Kehidupan’ [28 August 2015]
Khutbah Title Menerapkan Nilai-Nilai Ketakwaan Dalam Kehidupan’ (PDF) (Jawi) [28 August 2015]


21 August 2015

Salah faham Konsep: Al-Wala’ wal Bara’

  • Kunci keutuhan iman dan peningkatan kehidupan beragama adalah dengan melalui ilmu. Ilmu yang diraih dari sumber yang boleh dipercayai lagi muktabar mampu menjadi pemangkin untuk membangun diri serta masyarakat.
  • Akan tetapi, seperti ilmu-ilmu yang lain, terdapat beberapa aspek dalam agama ini yang agak sukar untuk difahami. Ia memerlukan kepada pendekatan yang berhati-hati serta pengamatan yang mendalam. Di waktu yang sama kita juga perlu memiliki keupayaan untuk memahami dan menilai konsep agama yang pelbagai
  • Dengan perkembangan internet dan media sosial, kita menyaksikan pelbagai idea-idea yang bertujuan memisahkan umat Islam dari masyarakat mereka. Di sinilah berlakunya salah guna beberapa ajaran dan konsep Islam oleh individu-individu yang memiliki agenda mereka sendiri. Antara konsep Islam yang telah disalah ertikan dan diwar-warkan oleh golongan ekstremis adalah konsep Al-Wala’ wal Bara’, yang bermaksud “Kesetiaan dan Pelepesan Diri”.
Khutbah Title Salah faham Konsep: Al-Wala’ wal Bara’ (PDF) [21 August 2015]
Khutbah Title Salah faham Konsep: Al-Wala’ wal Bara’ [21 August 2015]
Khutbah Title Salah faham Konsep: Al-Wala’ wal Bara’ (PDF) (Jawi) [21 August 2015]


14 August 2015

Membina Kefahaman Tentang Nas Syarak

  • Al-Quran dan Sunnah bukanlah hanya coretan teks-teks agama di sebalik lembaran kitab, akan tetapi kefahaman yang betul di sebalik teks-teks agama juga merupakan sebahagian dari Al-Quran dan Sunnah.
  • Persoalannya sekarang adalah bagaimana kita memeroleh pemahaman yang menyeluruh berkaitan isi kandung Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan media sosial hari ini.
  • Kadangkala maklumat yang dikongsikan merupakan maklumat yang belum tentu tepat. Oleh itu, beberapa pendekatan ringkas sebagai panduan untuk kita memeroleh pemahaman yang betul serta menyeluruh tentang Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.
Khutbah Title Membina Kefahaman Tentang Nas Syarak (PDF) [14 August 2015]
Khutbah Title Membina Kefahaman Tentang Nas Syarak [14 August 2015]
Khutbah Title Membina Kefahaman Tentang Nas Syarak (PDF) (Jawi) [14 August 2015]


7 August 2015

Peranan Umat Islam Dalam Pembangunan

  • Tidak dinafikan, masih lagi terdapat banyak perkara yang perlu dipertingkatkan serta diusahakan bersama, agar kita melangkah lebih dekat kepada kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
  • Namun, usaha ke arah kecemerlangan memerlukan hikmah, iaitu kebijaksanaan, di dalam mengatur langkah yang bakal meraih hasil yang positif lagi bermanfaat bagi seluruh masyarakat.
  • Ini bermakna kita perlu meningkatkan kerjasama dan menggembleng tenaga ke arah lebih banyak lagi kebaikan. Pastikanlah kita manfaatkan nikmat keamanan dan kemakmuran hidup di Singapura untuk kita tingkatkan kerohanian dan keimanan.
 
Khutbah Title Peranan Umat Islam Dalam Pembangunan (PDF) [7 August 2015]
Khutbah Title Peranan Umat Islam Dalam Pembangunan [7 August 2015]
Khutbah Title Peranan Umat Islam Dalam Pembangunan (PDF) (Jawi) [7 August 2015]


31 July 2015

Akhlak Dan Etika Muslim Dalam Mengharungi Cabaran Kemodenan

  • Janganlah kerana kita letih bekerja di siang hari, ataupun disebabkan masalah-masalah yang kian meruncing, kita lupa akan tuntutan untuk berbuat baik sesama insan, terutamanya ibu bapa dan ahli keluarga kita.
  • Berlaku adil lah dan jangan kita lepaskan tekanan kita kepada anggota keluarga yang mendambakan kasih sayang daripada kita. Biar sepenat mana pun kita, ataupun seberat mana pun masalah yang kita hadapi, ibu bapa, pasangan dan anak-anak perlu terus dilayani dengan sentuhan kasih, dan bukan dengan kekasaran ataupun pengabaian.
  • Selain dari berbuat baik kepada anggota keluarga, kita juga diseru untuk menjalankan tanggungjawab masyarakat. Kita ini hidup bermasyarakat dan bukannya sendirian. Oleh itu, ada adab-adab dan etika yang perlu kita pelihara pada setiap ketika. Hidup berjiran memerlukan kita untuk sentiasa bertolak ansur dan membantu satu sama lain
 
Khutbah Title Akhlak Dan Etika Muslim Dalam Mengharungi Cabaran Kemodenan (PDF) [31 July 2015]
Khutbah Title Akhlak Dan Etika Muslim Dalam Mengharungi Cabaran Kemodenan [31 July 2015]
Khutbah Title Akhlak Dan Etika Muslim Dalam Mengharungi Cabaran Kemodena (PDF) (Jawi) [31 July 2015]


24 July 2015

Peranan Agama Dalam Dunia Moden

  • Islam merupakan agama yang menganjurkan keseimbangan dalam segala serba serbi kehidupan manusia. Bukan sahaja ibadah puasa berkesan di dalam pembentukan jasmani yang sihat, ia juga amat penting untuk kita mencapai kekuatan rohani yang murni. Kedua-duanya sangat diperlukan manusia. Terutamanya ketika umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup dunia moden pada hari ini.
  • Kita sebagai umat Islam, tentunya dipandu oleh keimanan kita untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi di dalam menghadapi apapun perubahan dan perkembangan yang menjelma. Oleh itu umat Islam ini tidak akan melihat kemodenan sebagai sesuatu yang sama sekali buruk dan membinasakan. Kerana kita adalah khalifah yang dilantik Allah. Dan khalifah seharusnya mencorak perubahan dan memanfaatkan hasilnya.
 
Khutbah Title Peranan Agama Dalam Dunia Moden (PDF) [24 July 2015]
Khutbah Title Peranan Agama Dalam Dunia Moden [24 July 2015]
Khutbah Title Peranan Agama Dalam Dunia Moden (PDF) (Jawi) [24 July 2015]


17 July 2015 - Khutbah Aidilfitri

Membentuk Daya Tahan Di Dalam Kehidupan Beragama Di Singapura

  • Alhamdulillah, Ramadan yang baru berlalu di Singapura dipenuhi dengan kebaikan dan keihsanan. Namun, ada juga di luar sana Ramadan yang sangat berbeza. Ramadan dipenuhi dengan kekerasan dan pertumpahan darah. Pembunuhan yang tidak lagi mengenal bangsa, agama, malah tempat. Sesuci-suci bumi yang didirikan di atasnya rumah Allah s.w.t. juga menjadi sasaran.
  • Isu-isu kompleks seperti ideologi yang radikal, serta pemikiran dan kepelbagaian gaya kehidupan yang mencabar keimanan, menuntut kita agar sentiasa membangun pemahaman Islam yang sesuai dengan keadaan dan keperluan masyarakat. Pemahaman yang mengambil kira kerencaman dan kepelbagaian tradisi Islam yang luas lagi mendalam.
  • Atas dasar nilai inilah generasi terdahulu, iaitu datuk nenek kita, telah menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara ini. Mereka membangun masjid-masjid dan kegiatan dakwah serta kebajikan dengan tujuan agar kita dapat terus mengamalkan Islam dengan baik dan teratur. Mereka yakin bahawa kita boleh melaksanakan Islam dan menjalankan kehidupan beragama di Singapura ini. Hari ini kita meraih hasil penat-lelah mereka, dan menikmati keamanan dan kedamaian hidup beragama di negara tercinta ini. Paparan hidup beragama ini semakin jelas kita saksikan, terutama dalam bulan Ramadan. Ramadan yang baru berlalu sebagai bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat Islam Singapura mampu menjadi masyarakat yang membawa pelbagai kebaikan. Inilah Islam yang kita warisi di Singapura ini, dan begitulah juga Islam yang ingin kita wariskan kepada anak-anak kita.
 
Khutbah Title Membentuk Daya Tahan Di Dalam Kehidupan Beragama Di Singapura (PDF) [17 July 2015]
Khutbah Title Membentuk Daya Tahan Di Dalam Kehidupan Beragama Di Singapura [17 July 2015]
Khutbah Title Membentuk Daya Tahan Di Dalam Kehidupan Beragama Di Singapura (PDF) (Jawi) [17 July 2015]


17 July 2015

Sebarkan Keceriaan Aidilfitri Sesama Insan

  • Kita bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat keamanan, kesejahteraan dan kedamaian yang dikurniakan-Nya kepada kita. Kita dapat meraikan lebaran ini dengan penuh keceriaan seperti yang kita saksikan hari ini.
  • Mari lah kita mengambil peluang ini untuk merapatkan ukhuwwah sesama kita. Sambunglah semula silaturahim yang mungkin telah terputus dan pohonlah kemaafan atas kesilapan yang ada. Utuhkan hubungan kekeluargaan kita dengan kasih sayang, rahmah dan ihsan.
  • Pada masa yang sama, marilah juga kita berkongsi keceriaan Aidilfitri bersama mereka yang kurang bernasib baik. Jadilah anggota masyarakat yang prihatin dan mengambil berat kepada jiran tetangga, sahabat handai serta sanak saudara. Manfaatkanlah kelebihan yang Allah s.w.t. berikan kepada kita, untuk membantu mereka yang memerlukan tidak kira dari segi masa, harta mahupun tenaga.
 
Khutbah Title Sebarkan Keceriaan Aidilfitri Sesama Insan (PDF) [17 July 2015]
Khutbah Title Sebarkan Keceriaan Aidilfitri Sesama Insan [17 July 2015]
Khutbah Title Sebarkan Keceriaan Aidilfitri Sesama Insan (PDF) (Jawi) [17 July 2015]


10 July 2015

Memakmurkan Akhir Ramadan

  • Kita kini berada pada sepulah malam terakhir di mana padanya terdapat malam agung iaitu Lailatul Qadar. Amalan pada malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan. Oleh itu, janganlah kita lepaskan sebarang peluang untuk mendapatkan pengampunan Allah s.w.t. dan rahmahNya.
  • Dalam kita ini mencari Lailatul Qadar perlu kita sedari bahawa pada hakikatnya kita ini mencari keredhaan Allah s.w.t. Kegigihan kita beribadah tidak seharusnya diniatkan semata-mata untuk meraih Lailatul Qadar. Tetapi kita perlu niatkan ia untuk meraih keredhaan Allah.
  • Jadikanlah malam-malam Ramadan sebagai peluang untuk menghayati hubungan anda dengan Allah. Panjatkan doa dengan rasa tunduk kepada Allah memohon agar Allah mendekatkan diri kita kepadaNya dan meninggikan maqam kita dan keluarga disisiNya.
Khutbah Title Memakmurkan Akhir Ramadan (PDF) [10 July 2015]
Khutbah Title Memakmurkan Akhir Ramadan [10 July 2015]
Khutbah Title Memakmurkan Akhir Ramadan (PDF) (Jawi) [10 July 2015]


3 July 2015

Membangun Keihsanan Bersama Keluarga

  • Membina kerohanian merupakan antara perkara yang terpenting dalam kehidupan seorang mukmin. Disebalik menguatkan keimanan, kerohanian seseorang mampu dibina melalui penghayatan aspek ihsan dalam kehidupannya.
  • Setiap Muslim dituntut untuk berlaku ihsan bukan sahaja dalam solat, puasa, zakat dan sebagainya, bahkan dalam urusan dan hubungan kehidupannya, seperti keluarganya, urusan kemasyarakatan, ataupun kebudayaan dan sebagainya.
  • Disamping kita berusaha untuk menambahkan keihsanan dalam ibadah kita, pastikan juga kita menjadikan Ramadan ini sebagai peluang untuk mensucikan harta kita dengan mengeluarkan zakat, demi untuk menabur keihsanan kepada golongan yang susah dan memerlukan.
Khutbah Title Membangun Keihsanan Bersama Keluarga (PDF) [3 July 2015]
Khutbah Title Membangun Keihsanan Bersama Keluarga [3 July 2015]
Khutbah Title Membangun Keihsanan Bersama Keluarga (PDF) (Jawi) [3 July 2015]


26 June 2015

Kepentingan Membangun Sokongan Antara Keluarga

  • Nilai-nilai saling sokong menyokong ke arah pembaikan, bersangka baik dan berkeyakinan terhadap potensi kebaikan setiap ahli keluarga merupakan antara ciri-ciri yang penting di dalam menghadapi cabaran berkeluarga.
  • Semestinya setiap keluarga pasti akan mempunyai masalah yang diakibatkan kelemahan kita masing-masing. Di sinilah setiap daripada ahli keluarga perlu sanggup berusaha untuk memulakan komunikasi yang mungkin telah terjejas akibat kesibukan masing-masing.
  • Ibu bapa harus lebih meluahkan perasaan kasih sayang kepada anak-anak. Dengan demikianlah baru mereka merasakan lebih mesra dan melihat anda sebagai bukan sahaja seorang penegak disiplin tetapi seorang yang menyayangi mereka.
Khutbah Title Kepentingan Membangun Sokongan Antara Keluarga (PDF) [26 June 2015]
Khutbah Title Kepentingan Membangun Sokongan Antara Keluarga [26 June 2015]
Khutbah Title Kepentingan Membangun Sokongan Antara Keluarga (PDF) (Jawi) [26 June 2015]


19 June 2015

Ramadan Bulan Membangun Nilai Keluarga

  • Bulan Ramadan dikenali juga sebagai bulan kebaikan. Bulan di mana Allah s.w.t. memberikan pahala yang berlipat kali ganda bagi amalan soleh yang dilaksanakan.
  • Dalam kita ini sibuk mengejar pahala terawih dan membaca Al-Quran, janganlah kita lupakan anak-anak dan pasangan. Perkukuhkanlah hubungan dengan Allah bersama-sama keluarga kita.
  • Moga dengan demikian Allah akan perkukuhkan hubungan kita sekeluarga dan mengurniakan ketenangan kepada rumah tangga kita.
Khutbah Title Ramadan Bulan Membangun Nilai Keluarga (PDF) [19 June 2015]
Khutbah Title Ramadan Bulan Membangun Nilai Keluarga [19 June 2015]
Khutbah Title Ramadan Bulan Membangun Nilai Keluarga (PDF) (Jawi) [19 June 2015]


12 June 2015

Ramadan Bersama Keluarga

  • Pada minggu lalu kita telah diingatkan akan kepentingan untuk mengambil kesempatan bulan Syaaban untuk menyediakan diri bertemu dengan bulan Ramadan. Pada minggu ini pula, khatib ingin menyentuh keperluan menyediakan keluarga untuk Ramadan. Nabi s.a.w. sentiasa memberi peringatan serta memerhatikan aspek bimbingan dan panduan buat ahli keluarganya. Sepertimana kita di dunia ini ingin selalu bahagia bersama keluarga, begitu juga kita inginkan keadaan ahli keluarga kita esok di hadapan Allah s.w.t. Kita mengharapkan agar seluruh keluarga menjadi penghuni syurga Allah
  • Institusi keluarga merupakan batu asas masyarakat dan negara. Apabila keluarga berjaya, maka seluruh masyarakat juga akan ikut berjaya. Namun jika dibiarkan keluarga tanpa bimbingan, maka setiap daripada anggotanya akan hilang arah. Maka dalam kita melangkah masuk ke bulan Ramadan, khatib ingin mengajak kita memelihara institusi keluarga. Ini lebih-lebih lagi memandangkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi anak muda kita. Mereka berhadapan dengan pelbagai tren dan budaya.
Khutbah Title Ramadan Bersama Keluarga(PDF) [12 June 2015]
Khutbah Title Ramadan Bersama Keluarga [12 June 2015]
Khutbah Title Ramadan Bersama Keluarga (PDF) (Jawi) [12 June 2015]


5 June 2015

Muhasabah Amalan Di Bulan Syaaban

  • Bulan Syaaban ialah bulan untuk kita giat menyediakan jiwa, kerohanian dan bahkan fizikal kita untuk melangkah masuk ke dalam bulan Ramadan. Maka perlu untuk kita ini menyediakan diri kita agar layak menjadi ahli yang dikurniakan kemuliaan.
  • Di dalam menyediakan jiwa kita untuk Ramadan, pastikan juga diri kita disibukkan dengan amalan kebaikan dan jangan biarkan ia duduk diam tanpa mengerjakan amal kebaikan. Ini kerana ketika jiwa kita dibiarkan tanpa amalan sesuatu maka syaitan lah yang akan mengilhamkan kejahatan dan maksiat kepadanya.
  • Oleh itu sebagai persiapan untuk menghadapi Ramadan maka latihlah diri kita agar kekal ikhlas. Samada di hadapan manusia mahupun dalam sembunyi kita tetap orang yang gigih beribadah dan lebih gigih memelihara diri daripada tipu daya syaitan dan nafsu kita. Ingatkan diri kita selalu akan Allah dan bahawa setiap amalan kita itu untuk Allah.
Khutbah Title Muhasabah Amalan Di Bulan Syaaban(PDF) [5 June 2015]
Khutbah Title Muhasabah Amalan Di Bulan Syaaban [5 June 2015]
Khutbah Title Muhasabah Amalan Di Bulan Syaaban (PDF) (Jawi) {5 June 2015]


29 May 2015

Ilmu Yang Melahirkan Iman

  • Keimanan merupakan sesuatu yang boleh pudar dan hilang jika ia tidak diperbaharui dan diperkukuh. Maka saudara, kita perlu selalu memantau tahap keimanan di dalam jiwa ini. Perhatikanlah, apa yang menambah iman kita, apa yang menyuburi iman kita, dan apa yang mengukuhkan iman kita. Mengapa kita perlu perhatikan, saudara? Kerana sudah ada di kalangan manusia yang membawa perpecahan dan kebinasaan di atas nama iman.
  • Melalui ilmu kita dapat memperkukuh akidah dan keutuhan iman dalam jiwa. Ilmu juga memberi kita kemampuan untuk membuat penilaian, dan mengenalpasti yang hak dari yang batil, yang benar dari yang diragui. Inilah peranan ilmu agama.
Khutbah Title Ilmu Yang Melahirkan Iman(PDF) [29 May 2015]
Khutbah Title Ilmu Yang Melahirkan Iman [29 May 2015]
Khutbah Title Ilmu Yang Melahirkan Iman (PDF) (Jawi) {29 May 2015]


22 May 2015

Isra’ Dan Mi’raj Dan Panduan Bagi Mukmin Menghadapi Cabaran Kehidupan

  • Setiap kali bulan Rejab tiba, kita selalu diingatkan akan peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ia merupakan peristiwa luar biasa dan istimewa yang dikhususkan untuk Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
  • Meskipun kita melihat perjalanan istimewa ini sebagai suatu nikmat untuk Nabi s.a.w. namun perlu kita ingat selalu bahawa sebelum melaluinya, Nabi s.a.w. telah mengalami ujian dan cabaran yang amat dahsyat sekali.
  • Hakikat kesusahan dan kesempitan yang dilalui oleh Nabi s.a.w. sebelum menerima nikmat undangan bertemu Allah ini ternyata merupakan sunnatullah dalam kehidupan.
Khutbah Title Isra’ Dan Mi’raj Dan Panduan Bagi Mukmin Menghadapi Cabaran Kehidupan (PDF) [22 May 2015]
Khutbah Title Isra’ Dan Mi’raj Dan Panduan Bagi Mukmin Menghadapi Cabaran Kehidupan [22 May 2015]
Khutbah Title Isra’ Dan Mi’raj Dan Panduan Bagi Mukmin Menghadapi Cabaran Kehidupan (PDF) (Jawi) {22 May 2015]


15 May 2015

Iman Dan Penghayatan Pengajaran Di Sebalik Hari Kiamat

  • Jumaat lalu, mimbar menyeru kita sebagai orang yang beriman untuk sentiasa berfikir dalam usaha untuk mempertingkatkan keimanan lantas meraih kesenangan dunia dan akhirat. Sebagai kesinambungan, mimbar hari ini mengajak kita menghayati salah satu dari rukun keimanan kita. Ia berkaitan dengan suatu kejadian yang pasti akan tiba. Ia berkaitan dengan Hari Kiamat.
  • Disebalik kita menghayati dan mempelajari tentang Hari Kiamat dan segala yang berkaitan dengannya. Sebenarnya penting untuk kita mengenalpasti hikmah dan pengajaran yang terkandung disebalik penghayatan tentang Kiamat itu sendiri. Kerana tanpa penghayatan akan erti kita beriman kepada Hari Kiamat, ia akan menyebabkan seseorang itu keliru lalu tidak mampu untuk meraih kemanfaatan serta kesan yang diingini.
Khutbah Title Iman Dan Penghayatan Pengajaran Di Sebalik Hari Kiamat (PDF) [15 May 2015]
Khutbah Title Iman Dan Penghayatan Pengajaran Di Sebalik Hari Kiamat [15 May 2015]
Khutbah Title Iman Dan Penghayatan Pengajaran Di Sebalik Hari Kiamat (PDF) (Jawi) {15 May 2015]


8 May 2015

Iman dan Tuntutan Berfikir

  • Khutbah minggu ini ingin berkongsi akan kepentingan kefahaman yang menyeluruh tentang Iman. Ini adalah kerana, tanpa kefahaman yang tepat akan maksud “keimanan” itu sendiri, akan mengakibatkan kefahaman-kefahaman yang pelbagai, yang mungkin secara zahirnya kelihatan seperti sebahagian dari agama ini, sedangkan pada hakikatnya ia tiada kena-mengena dengan agama sekalipun.
  • Allah s.w.t. menjelaskan tentang ciptaanNya di dalam kitab suci Al-Quran. Ia juga merupakan sebagai bukti kekuasaanNya yang mengajak kita untuk berfikir dalam menghayati ciptaanNya. Ini adalah kerana iman memerlukan kepada proses berfikir dan penghayatan, dan bukan hanya mengikuti tanpa pemerhatian dan panduan.
  • Maka jadilah kesempatan masa ini sebelum kedatangan bulan Ramadan, untuk kita mempelajari Al-Quran dan menghayati ajarannya. Dan semoga kita ini dikurniakan kekuatan Iman yang mendorong diri kita untuk berfikir dan meningkatkan penghayatan kita terhadap agama kita
Khutbah Title Iman dan Tuntutan Berfikir (PDF) [8 May 2015]
Khutbah Title Iman dan Tuntutan Berfikir [8 May 2015]
Khutbah Title Iman dan Tuntutan Berfikir (PDF) (Jawi) [8 May 2015]


1 May 2015

Memperbaiki Amalan Di Bulan Rejab

  • Kita kini sudah berada dibulan Rejab, iaitu bulan ketujuh dalam kalendar Islam. Bulan Rejab merupakan salah satu daripada ‘Ashhurul Hurum’, iaitu bulan-bulan di mana diharamkan berperang pada zaman Rasulullah s.a.w.
  • Kita juga digalakkan untuk melenturkan jiwa serta menyucikannya daripada sebarang ammarah, kebencian, dendam, dan penyakit hati lain yang boleh menjejas kesihatan kerohanian kita dan kemurnian akhlak kita, lebih-lebih lagi pada bulan-bulan yang suci ini.
  • Maka anjuran Allah s.w.t untuk kita menahan diri daripada permusuhan, kebencian, dendam dan pergaduhan di bulan Rejab seolah isyarat agar kita membangun ketenangan jiwa lebih awal sebelum tibanya Ramadan. Dengan jiwa yang lebih tenang, kita insya Allah dapat lebih memberi tumpuan dan fokus kepada menggiatkan ibadah di bulan Syaaban dan akhirnya mencapai kemuncaknya pada bulan Ramadan.
Khutbah Title Memperbaiki Amalan Di Bulan Rejab (PDF) [1 May 2015]
Khutbah Title Memperbaiki Amalan Di Bulan Rejab [1 May 2015]
Khutbah Title Memperbaiki Amalan Di Bulan Rejab (PDF) (Jawi) [1 May 2015]


24 April 2015

Islam Agama Yang Membawa Penyelesaian

  • Kebijaksanaan Rasulullah di dalam menangani sesuatu isu-isu semasa dengan mengenalpasti masalah pokok. Kita perlu mampu membezakan yang manakah isu sebenar, dan yang mana bukan. Perkara-perkara khilafiyyah bukan isu pokok.
  • Setelah mengenalpasti isu yang sebenar, langkah seterusnya ialah mengenalpasti punca masalah. Ia satu proses yang penting bagi membolehkan kita mencari huraian terbaik dalam langkah selanjutnya.
  • Demikianlah iktibar yang perlu kita ambil dari tauladan kepimpinan Rasulullah. Kita perlu menjadi masyarakat yang mahu dan mampu menyelesaikan masalah, bukan menambahkan lagi masalah.
Khutbah Title Islam Agama Yang Membawa Penyelesaian (PDF) [24 April 2015]
Khutbah Title Islam Agama Yang Membawa Penyelesaian [24 April 2015]
Khutbah Title Islam Agama Yang Membawa Penyelesaian (PDF)(Jawi) [24 April 2015]


17 April 2015

Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

  • Sepanjang perjalanan hidup Baginda Rasulullah s.a.w., satu ciri yang tidak lekang darinya ialah keperibadiannya yang penuh dengan hikmah.
  • Di saat Baginda mengamalkan agama, mengajar orang lain serta mengajak mereka kepada kehidupan beragama melalui nasihat yang diberi, segalanya dilakukan oleh Baginda dengan penuh hikmah.
  • Hikmah merupakan kunci yang dengannya kita dapat berusaha dengan izin Allah untuk membuka pintu hati keluarga dan teman kita agar lebih cenderung kepada kebaikan agar lebih cinta kepada ajaran Allah dan RasulNya.
Khutbah Title Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama (PDF) [17 April 2015]
Khutbah Title Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama [17 April 2015]
Khutbah Title Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama (PDF)(Jawi) [17 April 2015]