Questions / Queries about Solat

Droplets of urine during prayer

Q: If one feels droplets of urine coming out when performing the prayer, does this invalidate the prayer?

A: If one feels sure that droplets of urine comes out when doing prayer, than that prayer is invalidated and one has to wash his private area and perform his ablution (wuduk) again before performing his solat all over again.

It is good practise that after every urination, one waits for 5 to 10 minutes to urinate again to clear leftovers of urine along the urethra. After that, one quickly takes ablution and perform his solat immediately after that.

Men with pierced ears become imam

Q: Can a Muslim male who has ear piercings be an imam in a congregational prayer?

A: Men are prohibited from piercing their ears, whether both or only one of the ears. This is because such an act is akin to likening oneself to women, and this is forbidden in Islam. Those who have done it are considered to be in a state of sin and if this act continues, will then be considered a fasiq and are not qualified to be imams of congregational prayers.

Solat in a moving ship

Q: How does one perform solat in a moving ship?

A: Solat can be combined if the period of travel is less than three days, one can therefore jamak and also perform qasar for the solat. Jamak means combining 2 solat, for example, performing Asar in the time of Zuhur or Zuhur in the time of Asar, or performing Isya’ in the time of Maghrib or Maghrib in the time of Isya’. However, it is not permissible to combine Asar with Maghrib or Isya’ with Subuh or Subuh with Zuhur. As for Qasar, it means shortening a 4 rakaat solat into 2 rakaat.

If the period of travel exceeds 3 days, it is therefore impermissible to jamak or qasar the solat. Hence, one must perform solat on time. Zuhur is approximately 10 minutes after the meridian passing of the Sun. Asar is approximately one hour before the sun sets. Maghrib is after the sunset. Isya’ is approximately 2 hours after the sun sets and Subuh is 1 hour before the sun rises.

As for the qiblat, one must try to find out the location of the qiblat. This can easily be done by using the spherical trigonometry formula with the ship’s coordinates and Makkah’s coordinates which is 39 E, 21 N.

If the ship changes course during the solat, your solat is still valid and there is no need to qadha’ as you have already faced the qiblat initially.

Solat in aeroplane

Q: How does one perform the prayer in an aeroplane or when on a holiday tour that lasts the whole day?

A: If space can be found on the aeroplane to conduct prayers, then one must face the kiblat. Since this is quite difficult, one can perform solat seating down, but must qadha’ that solat after touch down. When one is travelling, prayers can be shorten (qasar) and joined together (jamak). So if one is on a whole day holiday tour, one can perform Zohor prayer during Asar time, and Maghrib in Isyak time. But one cannot pray Zohor and Asar during Maghrib or Isyak time.

Solat of a person who wears makeup

Q: Is the solat of a person who wears make-up valid? A: The solat of a person who wears make-up is valid as long as it was removed when wudhu’ was performed to ensure that it reaches the skin and as long as the make-up does not contain any najis material.

Solat with leg injury

Q: How does a person suffering from leg injury and is unable to bend it perform solat?

A: Performing solat in a sitting position is only allowed for those who are unable stand or bend their legs. Only the physical conditions (rukun fi’li), which are the physical movements of the solat that cannot be performed may be performed in a sitting position. Other movements must be performed as per normal.

For example, if one is unable to prostate (sujud) but is still able to stand and ruku’, it is then compulsory to stand and ruku’ as per normal. One may then sit and bow as low as possible when performing the sujud. There is no need to place a table in front to rest the face on.

Suitable times for solat istikhara

Q: What are the suitable times for one to perform solat istikharah?

A: Solat istikharah can be performed at any time, except for the forbidden times for solat such as after the Subuh prayer until approximately 30 minutes after and after the Asar prayer until the time of Maghrib.

Solat istikharah must be performed until one receives guidance from Allah s.w.t, irregardless of how long it might take. However, there is also nothing wrong with ceasing from performing it even though one has yet to receive guidance from Allah s.w.t.

Validation of solat after aurat is exposed

Q: Is a solat valid if a woman's aurah, for example her feet, is exposed during solat without her realising it?

A: Any aurat exposed during solat will cause that solat to be invalidated. Hence, women should ensure that when they are performing the sujud, their feets are not exposed. This can be easily solved by using socks. However, if a woman does not realise that her feet is exposed, her solat is considered valid, because invalidity depends on the realisation of the person performing the solat.

Woman whose imam is not her mahram

Q: Is it permissible for a woman to be a makmum to an Imam who is not her mahram?

A: There is no restriction for women to be makmum to an Imam who is not her mahram. However, this ruling only applies if the congregational prayer is big, like those in mosques. If the prayer is only between the woman and the Imam and it is performed in a room for example, it is then not permissible as it may cause fitnah and Muslims are advised to stay away from fitnah.

Wudhu and solat of a tattooed person

Q: Is the wudhu’ and solat of a person who has a tattoo valid?

A: Since a tattoo is applied by inserting the colour under the skin, wudhu’ is valid as it does not obstruct the water from reaching the skin. Hence, the solat is also valid. However, it is best that one remove that tattoo as soon as possible. In the occasion where one is unable to remove it due to financial reasons, one must repent and seek forgiveness from Allah s.w.t, continue performing solat and keep praying that the solat and other deeds will be accepted by Allah s.w.t

Soalan-soalan mengenai Solat

Arah kiblat dari mana-mana

S: Bagaimanakah seseorang itu memastikan arah kiblat dari mana-mana lokasi di dunia?

J: Kompas biasa boleh digunakan. Contohnya, jika seseorang itu berada di Australia, biarlah jarum kompas itu berpandukan tanda Utara-Selatan dan pastikanlah penjuru 295 dengan kompas tersebut.

Jika anda telah berusaha dan berijtihad untuk mendapatkan arah kiblat lalu mendapat tahu bahawa arahnya adalah salah tapi ia kurang dari 180 darjah dari arah yang betul, maka anda tidak perlu melakukan solat semula. Walau bagaimanapun, jika arah yang silap adalah arah yang berlawan dengan arah yang betul, maka anda haruslah mengulangi solat mengikut arah kiblat yang betul.

Arah kiblat di Singapura

S: Dimanakah arah kiblat di Singapura?
J: Arah kiblat Singapura secara umumnya adalah 293 darjah dari Utara mengikut putaran kompas.

Arah kiblat tanpa kompas

S: Apakah caranya untuk mengetahui arah kiblat tanpa menggunakan kompas?
J:
Mengetahui arah kiblat di Singapura agak mudah, walaupun tanpa kompas. Cari tempat Matahari terbenam, iaitu di sebelah barat. Pusing badan ke kanan sedikit dari arah Matahari terbenam tersebut. Maka itulah arah kiblat umum bagi mereka yang berada di Singapura.

Bagaimana solat apabila terikat dengan kerja/pelajaran

S: Bagaimanakah dengan seorang yang tidak mempunyai waktu untuk solat kerana terikat dengan pekerjaan atau sekolah?

J: Solat adalah rukun Islam yang kedua. Maka adalah amat penting bagi umat Islam mengerjakannya kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda: Barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja maka dia telah meruntuhkan agamanya.

Allah s.w.t telah menetapkan waktu-waktu bagi setiap solat, maka ia tidak boleh dikerjakan diluar waktunya. Ini adalah untuk mendidik umat Islam agar menjaga waktu dan tertib dan teratur dalam kehidupannya.

Jika waktu rehat seseorang tidak tentu, dan anda tiada waktu rehat untuk kerjakan solat, kami ingin sarankan berikut:

  1. Ambil air sembahyang sebelum masuk kelas atau tempat kerja.
  2. Apabila sudah masuk waktu solat, minta izin keluar sebentar, selama 5 minit. Solat boleh dikerjakan dalam 5 minit sahaja dengan syarat hanya buat perkara-perkara yang wajib sahaja. Sila rujuk kepada buku fiqh untuk mengetahui perkara-perkara yang wajib dalam solat.
  3. Cari tempat yang agak terpencil, di ruang  emergency staircase sebagai contoh. Pastikan tempat tersebut kering. Kami nasihatkan agar anda terlebih dahulu mencari tempat tersebut agar tidak kelam-kabut.
  4. Letakkan saputangan di tempat sujud (tidak perlu bawa tikar sembahyang) dan buka kasut.
  5. Lakukan solat.

Insya Allah, dengan demikian anda dapat mengerjakan solat pada waktunya dan dalam masa yang singkat. Anda tidak perlu bawa kain atau songkok atau tikar sembahyang. Memadai jika pakaian tersebut bersih dan menutup aurat.

Imam lelaki bukan mahram

S: Apakah hukumnya wanita imamkan lelaki yang bukan mahramnya?

J: Tiada salah bagi wanita untuk mengikut imam dalam solat yang bukan mahramnya. Tetapi harus diingatkan bahawa jika solat itu dilakukan dalam keadaan jemaah yang besar seperti di dalam masjid, maka dibolehkan. Tetapi jika dibuat bersama di dalam sebuah bilik contohnya, sesungguhnya tidak dibenarkan kerana ia akan menimbulkan fitnah dan ini hendaklah dijauhkan.

Imam tindik telinga

S: Bolehkah orang lelaki yang menindik telinganya menjadi imam dalam solat berjemaah?

J: Orang lelaki dilarang dari menindik telinga mereka, sama ada satu telinga sahaja atau kedua-duanya sekali. Ini kerana perbuatan tersebut menyerupai kaum wanita, dan ini dilarang keras dalam Islam. Sesiapa yang melakukannya telah melakukan dosa dan jika ia berterusan, orang itu dianggap fasiq dan tidak layak mengimamkan solat.

Sebaik-baiknya bagi orang yang menindik telinganya agar membuka tindik tersebut, dan bertaubat kepada Allah s.w.t, sebelum menjadi imam bagi solat.

Solat dengan rambut yang diwarnakan

S: Sah atau tidak solatnya seorang wanita yang mewarnakan rambutnya di kedai?

J: Wanita yang ingin mewarnakan rambutnya perlu lihat banyak perkara. Pertama, dimana ia dilakukan. Jika dilakukan di kedai, maka rambutnya tidak boleh dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.

Kedua, sebab mewarnakan rambut. Jika dilakukan untuk suami dan atas keredaan suami, maka ia dibolehkan. Jika dilakukan kerana ingin meniru orang bukan Islam, maka ia adalah haram.

Ketiga, kandungan pewarna tersebut. Jika ia mengandungi bahan najis maka ia dilarang. Jika ia menutupi rambut (water proof) maka ia dilarang juga kerana ia menghalang air dari terkena rambut bagi wuduk dan mandi hadas.

Solat dengan solekan

S: Sahkah solatnya seseorang yang memakai alat solekan?
J:
Solat dengan memakai alat solek adalah sah selagi mana sewaktu mengambil wuduk, solekan tersebut telah dibersihkan supaya air boleh meresap ke kulit. Alat solekan tersebut juga hendaklah dipastikan tidak mengandungi bahan-bahan najis.

Solat dengan tattoo

S: Adakah sah wudhu dan solat seseorang yang ada tattoo di tubuhnya?

J: Orang yang mempunyai tattoo wajib segera bertaubat dan menyesal atas perbuatannya itu serta  cuba seberapa daya untuk menghilangkan tattoo tersebut. Jika tidak mampu untuk menghilangkannya, maka teruskanlah berdoa agar solat dan ibadahnya yang lain diterima oleh Allah s.w.t.

Solat lelaki yang memakai emas

S: Sah atau tidak solatnya seorang lelaki yang memakai emas? Adakah perlu menanggalkannya ketika solat?

J: Orang lelaki dilarang dari memakai emas dan sutera. Selagi mana seorang itu memakai emas, dia akan berada dalam keadaan dosa kerana ia menyerupai wanita. Namun, solat tetap sah walaupun seseorang itu memakai emas. Perlu dinasihatkan disini bahawa Allah S.W.T melihat kita bukan sahaja dalam solat, malah setiap masa. Maka adalah wajib untuk mengikut perintah Allah dengan menanggalkan barang emas tersebut dan tidak memakainya lagi.

Solat orang yang minum arak

S: Adakah diterima solatnya orang yang minum arak?

J: Orang yang dengan sengaja minum arak tidak akan diterima solatnya selama 40 hari, iaitu ia tidak akan diberi pahala atas solatnya itu.

Namun, is masih berkewajipan untuk mengerjakan solat kerana dengan tidak mengerjakan solat, ia akan menambah lagi dosanya.