Questions / Queries about Men issues

Clothing guidelines for men

Q: Are there any guidelines for men in terms of clothing and accessories?


A: As a matter of principal, Muslim men are forbidden from:

  • Wearing gold, either in the form of jewelleries or accessories.
  • Putting on garments made of pure silk. However, it is okay if the actual composition of the silk does not make up more than 50% of total amount of material used.
  • Imitating women in their manners, clothing and accessories.


Islam has laid down clear guidelines to differentiate between the two sexes. Since gold and silk have been worn by the vast majority of women since time immemorial, hence it is forbidden for Muslim men to wear it.

Keeping beard

Q: What is the hukum regarding keeping beard for Muslim?


A: The position adopted by Imam Asy-Syafie is that spotting a beard is not an obligation but a highly encouraged practice. This opinion differs from what the Hanafis and Hambalis illustrated as they are of the view that keeping beard is compulsory.


Facial hair is external. What is more important to Muslims is what goes inside his heart, his manners and faith (iman). Thus, if one insists on keeping a beard but does not scrutinize his conduct and beliefs, then the approach is very lopsided to the extent of being superficial.

Masturbation

Q: What is the hukum for masturbation?


A: Allah says in surah Mukminun, verse 5-7 which means: "....those who guard their private parts save from their wives or [bondwomen] whom their right hands own, for these are not blameworthy. But whoever seeks beyond that, those are the transgressors."
In light of this verse, the majority of ulama are of the opinion that masturbation is haram since it is a method of releasing sexual desire through means not specified in those verses. However, the Hambalis are of the opinion that masturbation is allowed if one is so compelled to perform fornication (zina) if he does not masturbate.

Men and ear piercings

Q:  Is it permissible for men to have ear piercings or any part of the body for that matter?


A: Men are prohibited from piercing their ears as it resembles women. Such acts are sinful and cursed by Allah.


It is also prohibited for both men and women alike, to pierce any other part of their body as it also resembles action of people who do not believe in Islam.


Nevertheless, should one decides to repent, it can be done by simply removing the jewellery or accessory and perform all religious obligations while also trying his very best to refrain from committing sins or the forbidden in the near future.

 

Men and gold

Q: Are muslim males allowed to wear gold?


A: Muslim males are prohibited from wearing gold and silk. Rasulullah s.a.w has stated in his Hadith which means; “Gold and silk are prohibited for my male followers but it is permissible for my female followers.”


On this ground men are not allowed to don accessories made of gold or white gold, be it in the form of bangles, necklaces, or earrings except for medical purposes such as a gold encrusted tooth.

Men and platinum jewellery

Q: Is it permissible for a muslim man to wear platinum jewellery?


A: Muslim men are not allowed to wear gold jewellery. Platinum is silvery-white metal which almost never causes allergic reactions and is resistant to tarnish. It is different from white gold. Thus, it is permissible for men to wear it. They can also wear diamonds.

Men wearing a necklace

Q: Is it permissible for men to wear a necklace?


A: It is forbidden for Muslim males to wear necklace, be it of gold, silver or whatever the material is, because this type of accessory is meant for women. However if one is forced to wear it for identification purposes such as the one worn by military officers, then it is permissible.


Soalan-soalan mengenai Lelaki

Panduan berpakaian bagi lelaki

S: Apakah panduan berpakaian dan beraksesori bagi lelaki Islam?


J: Lelaki Islam diharamkan:

  1. Memakai emas, tidak kira sama ada dalam bentuk barang kemas atau aksesori.
  2. Memakai sutera, melainkan jika kandungannya kurang dari 50%.
  3. Menyerupai wanita dari segi tingkah laku, pakaian dan aksesori.

Islam telah memberi panduan yang jelas untuk membezakan antara kedua-dua jantina. Memandangkan emas dan sutera telah dipakai oleh kaum wanita sejak zaman dahulu, maka lelaki dilarang memakainya.

Menyimpan janggut

S: Apakah hukum menyimpan janggut bagi lelaki?


J: Menurut mazhab Syafi’i, menyimpan janggut tidak wajib akan tetapi ia adalah sunnah. Maka menurutnya, adalah baik untuk seseorang lelaki itu menyimpan janggut tetapi hukumnya bukanlah wajib. Menurut mazhab Hanafi dan Hambali, menyimpan janggut adalah wajib.


Sayugia diingatkan bahawa janggut adalah sesuatu yang ada kena mengena dengan luaran muka. Apa yang lebih penting adalah iman, tingkah laku dan apa yang terkandung di dalam hati seseorang itu. Oleh itu, jika seseorang itu mahu menyimpan janggut tetapi tidak meneliti akhlak dan aqidahnya, maka ia adalah satu pendekatan yang berat sebelah dan cetek.

Hukum pelancapan

S: Apakah hukum bagi perbuatan pelancapan?


J: Allah telah berfirman di Surah Al-Mukminun ayat 5-7 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau terhadap yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”


Dengan ayat ini, para ulama telah bersepakat bahawa pelancapan adalah haram kerana ia adalah sesuatu cara untuk melepaskan nafsu dengan cara yang tidak tertera didalam ayat tersebut. Walaubagaimanapun, menurut mazhab Hambali, ia dibenarkan jika seseorang ia bertujuan untuk mengelakkan diri dari berzina.

Lelaki tindik telinga

S: Apakah hukum lelaki menindik telinga atau anggota badannya?


J: Adalah haram bagi lelaki menindik telinganya kerana ia menyerupai kaum wanita. Perbuatan ini dilaknat oleh Allah s.w.t.
Begitu juga adalah haram bagi lelaki atau wanita menindik sebarang anggota badannya dengan tujuan perhiasan kerana ia menyerupai kaum yang tidak percaya pada agama Islam.


Lelaki yang menindik telinganya atau anggota badannya, perlu bertaubat dan menanggalkan segala perhiasan tersebut. Jika tidak, dia belum lagi betul-betul taubat dan tidak layak dia menjadi wali nikah.

Lelaki memakai emas

S: Apakah hukum memakai emas bagi lelaki?


J: Memakai emas dan sutera adalah haram bagi orang lelaki. Rasulullah s.a.w bersabda: Emas dan sutera adalah haram bagi lelaki umatku, dan halal bagi wanita umatku.
Oleh itu, orang lelaki sama sekali tidak boleh pakai emas, sama ada berbentuk gelang, rantai, anting-anting atau apa jua, kecuali jika ia diperlukan dalam perubatan, seperti gigi emas.
Emas putih atau platinum adalah satu nama bagi dua benda. Jika ia adalah logam platinum, maka dibolehkan memakainya bagi orang lelaki. Tetapi jika ia adalah emas putih, maka ia tetap haram bagi orang lelaki memakainya.

Platinum

S: Bolehkah seorang lelaki Islam memakai barang kemas yang diperbuat dari besi platinum? 

J: Adalah haram bagi lelaki Islam untuk memakai emas. Besi platinum adalah besi yang berwarna perak keputih-putihan yang biasanya tidak menyebabkan tindak balas dari alahan dan ia juga tidak pudar. Ia berlainan dari emas putih. Oleh itu, adalah dibenarkan bagi lelaki untuk memakainya. Memakai berlian juga dibenarkan.

Lelaki pakai rantai

S: Bolehkah seorang lelaki Islam memakai rantai?


J: Adalah haram bagi lelaki untuk memakai rantai, tidak kira diperbuat dari emas atau perak atau mana-mana bahan sekalipun kerana rantai adalah aksesori wanita. Jika seseorang itu terpaksa memakainya bagi tujuan identifikasi maka ia dibolehkan.

Jenis cincin yang dibenarkan

S: Jenis cincin apakah yang dibenarkan dipakai oleh lelaki Islam?


J: Islam melarang lelaki memakai emas. Selain dari itu, adalah dibenarkan bagi mereka memakai apa sahaja jenis cincin selagi mana ia tidak menyerupai wanita.